Apa Itu Agroprenuer Muda Dan Kelebihannya – Bantuan Pertanian RM20,000 Tidak Perlu Bayar Balik

PENGENALAN

Program ini diwujudkan di dalam perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan generasi muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan kesemua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

OBJEKTIF

Menarik golongan muda berusia di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju, pendek kata pertanian adalah perniagaan.

Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif atau berdaya saing.

Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya pada masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2021).

SKOP

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan muda yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu seperti Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut:

Tanaman, Perikanan, Ternakan, Industri Asas Tani, Pemasaran, Perkhidmatan dan input sokongan pertanian dan Agropelancongan.

JENIS BANTUAN

Program Agroprenuer Muda merangkumi Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu:

Geran Agropreneur Muda (GAM)

Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada Agropreneur Muda untuk membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan.

Geran ini diserahkan dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik.

Hasil dan impak pemberian geran diharap dapat memberi kesan jangkamasa panjang terhadap perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran.

Pembiayaan

Pakej Pembiayaan dengan kadar keuntungan terendah sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut:

TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000 bagi setiap projek, Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek, Khidmat nasihat teknikal dan latihan, Khidmat secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang akan dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat yang dilantik oleh MAFI berkaitan dengan projek yang dijalankan.

Kumpulan Sasar ialah individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 – 40 tahun.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Warganegara Malaysia, Individu yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun, Boleh membaca, mengira dan menulis,  Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah MAFI atau yang diiktiraf oleh MAFI.

Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MAFI berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal, dan keutamaan diberi kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.

Syarat Permohonan Geran

Dokumen yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan/Agensi MAFI sebelum tarikh tutup permohonan mengikut fasa. (Permohonan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan).

Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dimaklumkan untuk dipilih.

Permohonan dianggap gagal jika tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa. Walaubagaimanapun, pemohon boleh membuat permohonan baru pada fasa seterusnya.

Syarat Permohonan Pembiayaan

Projek sedia ada melebihi tempoh setahun selepas beroperasi, Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran dan mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiayaan.

Untuk info, setiap pemohon layak menerima geran sekali seumur hidup sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari Portal rasmi FAMA di pautan sini 

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*