Apa Itu Sijil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) Dan Kelebihannya Pada Usahawan Tani

“SERTAILAH SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN UNTUK MENJADI PENGELUAR BAHAN TANAMAN TULEN DAN BERKUALITI”

Bahan tanaman adalah input asas yang penting bagi pengeluaran hasil tanaman di Malaysia. Penggunaan bahan tanaman diperaku, menjamin ketulenan baka dan kualitinya.

Pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti hanya boleh dilakukan melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman dan pencapaian standard yang ditetapkan.

Bagi merealisasikan objektif terbabit, Jabatan Pertanian telah mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).

Di bawah SPBT, Pegawai Pemeriksa kompeten akan memperakukan anak benih klon buah-buahan yang memenuhi standard yang ditetapkan.

Keyakinan pembeli akan meningkat terhadap nurseri tanaman yang mengeluarkan anak benih klon yang diperaku.

SPBT terbuka kepada pengusaha nurseri tanaman seluruh Malaysia. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak dikenakan sebarang bentuk bayaran.

Pengusaha nurseri tanaman yang menyertai SPBT akan menerima faedah seperti berikut :

Berpeluang menjadi pembekal bahan tanaman untuk projek pertanian dibawah Jabatan atau Agensi Kerajaan

Bahan tanaman yang diperakukan oleh Jabatan Pertanian mampu meningkatkan keyakinan pembeli terhadap ketulenan varieti tanaman

Jabatan Pertanian membantu mempromosikan nurseri tanaman yang menyertai SPBT melalui pameran dan Portal Rasmi Jabatan Pertanian

Menerima khidmat nasihat dan bimbingan daripada pegawai Jabatan Pertanian.

Pengusaha nurseri tanaman perlu mendaftar sebagai peserta skim dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dengan memuat turun dari ABK 1 atau di alamat Urusetia Skim Pengesahan Bahan Tanaman di Jabatan Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, Wisma Tani Aras 7, No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.

Setelah menjadi Peserta Skim, pengusaha nurseri tanaman boleh memohon perakuan bahan tanaman mengikut jenis pengeluaran bagi jenis varieti tanaman yang terdapat dalam Senarai Varieti Tanaman untuk pengesahan SPBT.

Jenis pengeluaran dan Senarai Varieti Tanaman untuk pengesahan SPBT sentiasa diupdate mengikut keperluan semasa.

Terkini, Nurseri bolehlah memohon pengesahan untuk pengeluaran bahan tanaman seperti berikut : Pengeluaran Anak Benih Klon Buah-buahan

Senarai Varieti
ABK 3 – Borang Pengesahan

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Jabatan Pertanian Malaysia melalui alamat dibawah:

Urus Setia, Skim Pengesahan Bahan Tanaman, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian, Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.

No. Telefon : 03-8870 3448 No. Faks : 03-8888 7639 atau Emel : spbt[at]doa[dot]gov[dot]my

Sila layari portal rasmi Jabatan Pertanian Malaysia di sini untuk mengetahui banyak lagi informasi.

Semoga bermanfaat, jangan lupa share terima kasih – Rentas asia

About Sifudurian 314 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*