Apa Itu ‘Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia’ (myGAP)

PENGENALAN

Amalan Pertanian Baik (APB)

Satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini mampu meningkatkan produktiviti ladang dan menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.

Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP)

Satu skim pensijilan yang dibuat oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk makanan yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. myGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).

OBJEKTIF

Sebagai satu alat bantuan dalam Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.

Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran segar yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan.

KELEBIHAN

Menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan.

Produktiviti pengeluaran meningkat.

Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang lebih terjamin.

Hasil pertanian senang dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.

Memelihara alam sekitar.

Mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak yang memudaratkan kesihatan.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :

Urusetia, Seksyen Pensijilan Ladang, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman , Jabatan Pertanian, , Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana, , Presint 4, 62624 Putrajaya.

No. Tel : 03-8870 3597 / 3570 / 3566 / 3193 / 3580 / 3587 / 3450 / 3569 / 3446 / 3454. No. Faks : 03-8888 7639
Emel : salmsom[at]doa[dot]gov[dot]my

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Portal rasmi Jabatan Pertanian Malaysia 

 

About Sifudurian 316 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*