Apakah maksud kaki ganda dan kelebihannya

APAKAH MAKSUD KAKI GANDA?

Kaki ganda ialah teknik cantuman antara anak pokok yang sama varieti atau hampir sama dengan pokok pilihan samada pokok klon atau pokok daripada biji benih pilihan.

Antara pokok yang b0leh dan pernah dilakukan teknik kaki ganda:

Durian klon atau biji benih pilihan dengan durian..

Cempedak klon atau biji benih dengan nangka..

Manggis dengan mesta, Lngsat,dokong dan duku Terengganu..

Kedondong, amra dan lain lain..

APAKAH TUJUAN DILAKUKAN TEKNIK KAKI GANDA?

Tujuan dibuat cantuman kaki ganda adalah untuk menyediakan kekuatan pada anak pokok pilihan sama ada benih klon atau biji benih supaya dpt berdaya saing. Dengan pertambahan akar tunjang 2,3 atau lebih… sekurang-kurangnya dapat membantu pertumbuhan anak pokok pilihan.

Daripada pengalaman dan pemerhatian saya, pokok yang dibuat kaki ganda akan cepat membesar berbanding dengan pokok tunggal. Penyerapan nutrien daripada akar pokok yang lain akan menyumbang tumbesaran pokok trsebut.

SECARA LOGIKNYA ADAKAH POKOK KAKI GANDA CEPAT BERBUAH?

 

Secara logiknya,Pokok yang berkaki ganda cepat berbuah berbanding dengan pokok tunggal kerana serapan nutrien dari pelbagai arah. Akar tunjang akan membesar dari 2 atau lebih untuk membentuk banir. Selalunya pokok durian khususnya, bila mana ia akan mengeluarkan bunga seterusnya berpotensi untuk berbuah.

ADAKAH POKOK BERKAKI GANDA TAHAN CUACA KEMARAU DAN TIDAK MA*TI KETIKA KEMARAU?

Daripada pngalaman saya sendiri, tahun 2013 adalah kemarau panjang di kawasan saya. Bagi negeri Kedah , musim tersebut durian sedang berbunga. Pokok klon monthong, biji benih D24 dan beberapa pokok kaki ganda dapat bertahan. Pokok akar tunggal trpaksa disiram dengan air paip SADA…

Begitu juga pada tahun ini bagi pokok yang jauh dari sumber air…. terpaksa guna air paip SADA…

Nota: Penggunaan air berklorin akan mendatangkan kesan negat1f terhadap kualiti buah jika disiram ketika berbunga….

MENGAPA P0K0K KAKI GANDA SAYA MA*TI KERANA KEMARAU DAN SEBAB LAIN?

Teknik kaki ganda salah satu alternatif untuk menjamin ketahanan dan tumbesaran pokok. Banyak faktor yang boleh menyebabkan kema*tian pokok idaman kita.

Kanker, anai-anai, kekurangan air akibat kemarau, kecuaian dan plbagai faktor adalah antaranya.

Apa yang kita lakukan adalah perancangan dan usaha kita….slebih kita kena kembali kepada fitrah kejadian hakiki…

Ibarat mudah… d0ktor tetap menin*ggal biarpun semua jenis ubat-ubatan yang tersedia….dan dia tahu kegunaannya.

Selain itu pokok yang dibuat kaki ganda lebih tahan daripada tiupan angin kencang kerana dbantu banyak akar tunjang.

Kredit: PACM / image google

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*