Apakah Maksud Tanah Masam Atau Berasid (pH Rendah)

Apakah maksud Tanah Masam atau dalamm bahasa sains berasid atau pH rendah?

1. Anda perlu fahamkan terlebih dahulu nilai pH. Nilai pH berasid adalah daripada 0 – 6.9. Manakala nilai pH beralkali adalah 7.1 – 14.

2. Nilai pH 7 adalah nuetral seperti air paip. Kenapa nilai pH ini penting pada tanaman? Nilai pH mempengaruhi proses penyerapan nutrient oleh akar tanaman.

3. Bagaimana pH tanah boleh menjadi rendah? antaranya adalah hujan asid, penggunaan baja kimia, kandungan bahan organik dlm tanah tinggi, aktiviti mikro dalam tanah, mutah gunung berapi berasid dan sebagainya.

4. Bagaimana memulihkan tanah masam? tanah masam boleh dipulihkan dengan memberikan kapur pertanian atau bahan kimia yang beralkali.

5. Antara kapur pertanian yang disyorkan adalah seperti Dolomite (GML), Zeolite, Azomite, Calsium Hydroxide (HL), dan arang (cara kampungan).

6. Nilai pH yang ideal untuk tanaman adalah di antara 5.5 – 6.5 atau 5.5 ke 7.

Semoga bermanfaat – Sifudurian

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*