Pertanian

Awak tanam nanas banyak-banyak ni, mana nak jual?

Ramai sangat yang Whatsapp saya mahupun komen di Facebook, TikTok lepas saya post gambar ladang nanas beratus2 ekar.

“Kalau saya tanam nanas banyak-banyak ni, mana nak jual nanti?”

Jawapan saya simple ja, “kau tanam ja dulu. Soal marketing, nanti boleh fikir macamana strategi dia.

Kau sudah nak fikir untung ribu2 tapi tanam sepokok pun belum lagi… sembang saja banyak.

Maaf bukan kasi jatuh semangat kamu, tapi ini realiti pada kebanyakan orang kampung kita, mereka masih berfikiran cetek. Belum tahu cara buat marketing yang berkesan.

Banyak sebenarnya cara untuk buat marketing secara offline dan online. Nanti saya akan kongsikan di artikel seterusnya.

Saya ni jenis orang yang tidak cakap banyak, tapi buat kerja banyak. Kalau disuruh berucap di depan orang, kompom bergegar lutut.

IMG 20220901 133607

Untuk info anda, permintaan nanas MD2 sekitar Kota Kinabalu tidak mencukupi buat masa ini. Bila bekalan nanas terputus dari pekebun2, Maka peraih2 akan Mula call nombor2 di internet untuk Cari buah nanas.

Minggu lepas dapat call dari seorang peraih cina, dia mau saya supply buah nanas md2 atau apa2 jenis sebanyak 1 tan setiap minggu.

Katanya mau supply di hotel-hotel, restoran, sekolah dan pasaraya.

Buah nanas antara menu yang banyak dihidangkan sebagai pencuci mulut, sayur Dan lain2 makanan sebab rasanya yang sedap dan berkhasiat.

IMG 20220901 111747

Kalau kamu rasa-rasa nanas ni tiada potensi untuk di komersial kan, tanam untuk makan sendiri sudah la.

Bagi saya, nanas antara tanaman yang mempunyai permintaan tinggi buat masa ni selain durian, Pisang, kelapa, sawit dan avocado.

IMG 20220901 133653

Kita doakan supaya pembikinan kilang nanas di Sabah akan dilaksana dalam masa terdekat.

Masuk akal juga kan, Buat apa buat kilang besar2 kalau tiada nanas mau di proses.

Nanas adalah makanan superfood yang mempunyai banyak kebaikan Dan kegunaan pada zaman sekarang.

Tidak rugi berbudi pada tanah gais. Sambil tanam sambil Kasi hijau bumi kita.

Donny ien
Petani kampung

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button