AWAS! Jangan Biarkan Angan-Angan Anda Nak Jadi TOKEY Durian MELEBUR Kerana Ulat Ini!

Orang kata, nak jadi senang bukannya senang sekalipun anda seorang petani, nak BERJAYA kena ada ILMU yang betul bukan main hentam je.

Artikel malam sabtu ni saya nak kongsi sedikit ilmu dan TIPS tentang cara pencegahan serangan ulat pada pokok terutama durian.

Ulat pengorek kulit dan batang (Bactrocera guitata Zeuzera) sejenis kumbang yang bersembunyi dicelah-celah daun atau rumput yang mati sekitar pokok.

Ia akan bertelur pada daun, celah dahan dan pucuk tunas. Bila menetas ia akan menjadi larva seterusnya akan mula memainkan peranannya sebagai pengorek batang/dahan/kulit durian.

SOLUSIĀ 

1. Jika diserang pada ranting atau dahan seeloknya dicantas sahaja.

2. Jika telah menular ke seluruh batang pokok, guna kaedah suntikan dan tampal dengan kapas atau tanah liat.

3. Untuk pencegahan, selang seli semburan racun kimia berbahan aktif berbeza.

4. Cadangan racun kimia adalah racun jenama Dimethaote, Rogor, Tamaron. Cara guna Suntikan dan tampal lubang

5. Pentingnya penelitian dan pemeriksaan setiap pokok sekerap yang boleh.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa SHARE di wall facebook anda terima kasih – Sifudurian

Kredit: Sifu Sobryz Zachary

About Sifudurian 160 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*