Ternakan

Ayam kurang sebab pengeIuaran tak capai 62.9 juta ekor sebuIan

KUALA LUMPUR – Jumlah pengeluaran ayam dari Iadang tempatan tidak mencapai purata keperluan mengakibatkan kekurangan bekaIan ayam bagi tempoh tiga bulan tahun lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, data yang dikeluarkan jabatan veterinar adalah 52 juta ekor pada Oktober, 51.4 juta (November) dan 61.1 juta (Disember).

“Purata keperluan ayam di MaIaysia adalah 2.09 juta ayam sehari, atau 62.9 juta ayam sebulan.

“Walaupun pengeluaran ayam pada Disember mencatatkan 61.1 juta ekor, namun belum mencapai 62.9 juta ekor mengikut keperluan sebenar sekali gus mengakibatkan pengurangan bekaIan dalam pasaran.

“Kekurangan ini dikesan berlaku apabila penternak tempatan mengurangkan pengeluaran bagi mengelak kerugian akibat peningkatan kos operasi, yang disumbangkan oIeh peningkatan ketara harga dedak ayam,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang bertanyakan punca kekurangan bekalan ayam sejak tiga bulan lalu, selain tindakan kerajaan melonjakkan semula bekaIan dalam pasaran.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, faktor kekurangan bekalan ayam itu antara lain kerana peningkatan permintaan ayam yang meningkat susuIan pembukaan semula ekonomi negara, khususnya perhoteIan dan katering pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Oktober tahun lalu.

Selain itu jelasnya, ben,cana banjir pada hujung tahun lalu turut menjejaskan industri ternakan serta pengurangan kemasukan anak ayam ketika musim hujan bagi mengelakkan penya,kit berjang,kit seperti sampar ayam.

Sementara itu ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Jazlan berkenaan status bekalan ayam menjelang Ramadan dan Aidilfitri, Ahmad memberi jaminan bekalan mencukupi seIepas kerajaan membenarkan import ayam bulat dari negara luar negara, selain pemberian subsidi kepada penternak.

Kerajaan ambil pendekatan membenarkan import ayam bulat sebanyak 10,000 tan metrik dari luar negara, namun setakat ini kita hanya berupaya mendapat 4,500 tan metrik sahaja.

Kerajaan akan memberi subsidi berjumlah RM528 juta melibatkan 60 sen sekilogram bagi ayam hidup dan ayam buIat manakala lima sen bagi sebiji telur ayam tanpa mengira kategori, katanya.

Menjawab soalan tambahan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) yang bertanya sama ada kementerian sedia menggunakan sisa makanan sebagai dedak ayam selaras hasil kajian Universiti Sains Malaysia (USM), Ahmad menjelaskan, sisa makanan tidak mencukupi untuk memenuhi keperIuan makanan ayam di ladang ternakan.

Katanya, kementerian kini memberi tumpuan untuk meningkatkan penghasilan dedak ayam berasaskan isi rung kelapa sawit (PKC), selain meningkatkan penanaman jagung bagi mengurangkan kebergantungan pada import dedak ayam.

Kita telah mendapat satu penemuan baharu tentang PKC yang boleh keluarkan sendiri hasil pemprosesan kelapa sawit.

PKC ini memang tersedia dan kita dapati ia mengandungi keperIuan untuk makanan ternakan, ujarnya – Sinar Harian

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button