Badan Asyik Rasa Lemah Walaupun Seharian Berehat, Amalkan Petua Ini

PUNCA

Kolestrol tinggi, cuba cek berapa bacaan gula dalam darah dan kolestrol anda. Malas bersenam, kerap terperap dalam bilik, makanan banyak kolestrol, makan berlebihan, gula tinggi.

CARA MENGATASI BADAN LEMAH

Buat senaman secara rutin, kurangkan makanan berlemak, elakkan membeli atau makan ubat yang diiklankan di media sosial kerana ada segelintir yang ambil kesempatan diatas masalah kesihatan anda.

Cuba amalkan detox badan. Tak kisah brand apa pun, carilah produk yang banyak testimoni dan terbukti dapat menyelesaikan masalah.

Rendam kaki dengan garam dicampur dengan lada hitam, buat sekali dalam satu hari pun dah okay, cubalah insyahallah berkesan.

Cuba minum tea dari madu, lemon, serai, daun rerama + stevia. Ia boleh membantu memberikan kecerdasan dan tenaga, buang kolestrol dan membantu pembuangan dengan mudah.

Mandi air daun pokok bidara kampung, makan minyak zaitun.

Cuba tidur jangan guna air-cond, guna kipas sahaja. Kalau panas sangat baru buka air-cond. Insyahallah ia boleh membantu anda.

Penting untuk anda berjumpa doktor untuk cek tahap kesihatan terutama kandungan gula dalam darah. Pastikan buat pemeriksaan kesihatan sekali dalam 2 tahun.

Semoga informasi ini dapat membantu anda.

 

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*