Bagaimana Buat Duit Dengan Shopee Sehingga Ratusan Ribu Ringgit Sebulan?

Jawapannya… anda wajib ada simpan stok sendiri, anda jual sendiri, dapat order anda pos produk anda itu pada pelanggan.

Anda kumpul rating. Anda kumpul feedback.. lagi banyak rating dan feedback yang bagus.. lagi tinggi reach anda dapat di shopee secara percuma.

Percayalah ini sahaja cara jika anda serius nak jana berpuluh ribu jualan di shopee.

Bukanlah saya tak galakkan anda buat dropship di shopee tapi kalau anda boleh jual sendiri pos sendiri dan menjana pendapatan yang lebih tinggi kenapa tak nak buat?

Saya faham anda mungkin kekurangan modal nak beli barang secara borong.. anda mungkin tiada masa nak pos barang pergi pejabat pos..

Tapi itulah harga dan risiko yang anda harus terima jika anda nak buat income berpuluh ribu ringgit.. rugi tu adalah proses pembelajaran anda..

Saya ada kawan yang dalam niche vape .. 100% menggunakan shopee dan sebulan dia buat lebih 3000 order.. Kereta rilek jer dia boleh beli cash…

Nak kata dia banyak duit tak jugak.. sebelum dia buat shopee simpanan dia bukan banyak sangat pun.. nak kata bujang pun tak jugak.. ada bini anak satu.. banyak komitmen dia kena tanggung..

Tapi dia beranikan diri borong produk dan jual di shopee..

Cuma kalau anda betul-betul serius mahu berniaga di shopee anda kena lah ada ilmu, jangan terus belasah sahaja.. sila baca dengan teliti apa yang saya share kat bawah ni sebelum anda buat apa-apa keputusan untuk beli borong produk untuk dijual..

Pertama : Buat kajian produk

Cari dan pilih produk yang ada permintaan yang tinggi.. di shopee sangat mudah sebab anda boleh nampak barang apa yang begitu banyak terjual… cari dalam 5-10 produk untuk anda jadikan sebagai rujukan..

Saya ada buat perkongsian dalam bentuk video bagaimana nak cari produk hot. Anda boleh tonton video dibawah.. sila tonton sampai habis dan sampai faham..

Kedua : Beli borong dengan kuatiti yang anda sangup

Anda boleh terus borong produk dalam kuantiti sedikit serendah 10 unit untuk dijual di shopee. Jangan terlalu fokus berapa anda dapat untuk permulaan.. borong 10 unit mungkin bila terjual pun untung tak berapa banyak.. tapi jika berjaya jual bermakna anda boleh menjual lebih lagi.. Hasil jualan yang ada bolehlah beli borong dengan kuantiti yang lebih banyak.. betul tak?

Ketiga : Jalankan kempen shopee ads!

Disebabkan anda seller baru di shopee, anda wajib buat iklan di shopee untuk naikkan ranking produk anda di shopee.. bila dah dapat jualan dan feedback serta rating yang bagus di shopee. Barulah anda boleh slow-slow kurang buat shopee ads..

Sebab biasanya jika anda dapat dapat ramai pembeli yang berpuas hati, shopee sendiri akan suggest produk yang anda jual pada pelawat shopee itu sendiri –  Zyan.my

.

.

Tiap-tiap bulan asyik habis duit kat shopee je..! apa kata kita “TUKAR”? Sekarang ni.. kita cuba pula buat duit kat shopee!

Mari Saya Tunjukkan Cara, Bagaimana Berniaga Di Shopee Sehingga Mampu Menjana Sale 4 Angka Seminggu Walaupun Secara Sambil-Sambilan Je!

>>>KLIK SINI<<<

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*