Bagaimana Menjadikan Pokok Nanas Berbuah?

Selain menanam nanas secara komersial, ramai yang menanam nanas sebagai hobi atau sebagai landskap di ruang halaman rumah.

Ada yang telah menanam sehingga 2 tahun lebih tetapi pokok masih belum berbuah. Pokok boleh mengeluarkan bunga dan berbuah secara semulajadi disebabkan faktor-faktor tertentu seperti cuaca.

Kaedah untuk mengeluarkan buah dengan lebih cepat dan berjadual adalah melalui proses aruhan pembungaan (sejenis hormon atau pil) ke atas pokok. Buah boleh di petik selepas 120-150 hari pokok dihormon.

Namun perlu dipastikan pokok mendapat cukup pembajaan bagi memboleh ia cepat matang dan sesuai untuk di hormon.

Aruhan Pembungaan Untuk Pengeluaran Buah

Nanas merupakan antara jenis tanaman yang mudah bertindak balas terhadap bahan kimia pengawalturan pertumbuhan (Plant Growth Regulator).

Pokok nanas mula boleh dilakukan aruhan pembungaan pada usia 7-10 bulan selepas ditanam.

Bilangan daun pokok nanas yang dilakukan aruhan pembungaan diantara 35-45 helai daun segar dan pastikan pokok telah matang.

Aruhan pembungaan perlu dilakukan satu bulan selepas pembajaan buah (NPK BLUE)

Waktu yang sesuai untuk menjalankan kerja aruhan pembungaan adalah ketika suhu rendah dibawah suhu 29 darjah celcius (6 petang hingga 9 pagi)

Sumber: Lembaga Industri Nenas Malaysia

About Sifudurian 314 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*