Bahaya Racun Nyamuk Viral

Marahkan Nyamuk, Kesihatan Tergadai.. tolong share, bahaya racun nyamuk ini…

Baru-baru ini telah tular sejenis ubat nyamuk yang dikatakan cukup berkesan membunuh nyamuk dengan pantas. Pencarian jenama produk tersebut didapati ia TIDAK BERDAFTAR dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak Malaysia (LRMP).

Jangan berani untuk gunakan produk tidak berdaftar secara sesuka hati kerana ia mungkin mengandungi bahan beracun yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan terutama kanak kanak.

Ubat nyamuk Zenden Micro-Smoke yang diimport dari China contohnya dikesan mengandungi bahan Class 1A carcinogen yang boleh menyebabkan penyakit kanser.

Begitu juga dengan Tian Hong Mosquitos Coil, Lengen Mocro-Smoke 12 Hours, Jianbao Mosquito Coil yang masih dijual secara berleluasa secara online di Shopee.

Mana-mana premis atau individu yang didapati menjual produk tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 20 (3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali.

Sila kongsikan informasi penting ini kepada keluarga anda.

Sumber: Public Health Malaysia

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*