Baja Subur TERBAIK Untuk Pokok DURIAN Selepas Di Tanam Supaya Cepat Berbuah

Anda kena ingat, pokok ni makhluk hidup seperti manusia, perlu diberi makanan seperti air, matahari dan BAJA untuk hidup dan membesar.

Ramai yang tanya BAJA jenis apa yang sesuai digunakan supaya pokok seperti durian cepat membesar dan berbuah.

Artikel malam selasa ini saya kongsikan jenis baja yang perlu anda gunakan untuk TUMBESARAN pokok durian.

Ramai pekebun menggunakan baja butiran yang tertera tulisan NPK pada bungkusan seperti :15-15-15 atau 12-12-17 atau 13-13-21.

APA MAKSUD BAJA NPK ?

N bermaksud Nitrogen : Baja untuk daun
P bermaksud Posphorus: Baja untuk akar
K bermaksud Kalium (Potassium) : Baja untuk buah/bunga

Jika pada baja NPK 12-12-17, bermaksud mempunyai kandungan:
Nitrogen:12%,
Posphorus:12%
Kalium (Pottasium):17%.

Baja yang perlu anda GUNAKAN untuk tumbesaran pokok durian adalah baja yang tertera tulisan NPK 15-15-15, atau 16-16-16+te kerana kandungan nutrien adalah sekata dan amat sesuai untuk tumbesaran pokok yang baru ditanam.

Cara penggunaannya adalah baja tersebut perlu di TABUR pada pangkal pokok SEKALI dalam setiap 3 bulan atau 4 kali setahun.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di fb anda terima kasih – Sifudurian

 

About Sifudurian 161 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*