Bakal Ditimpa Musibah, Apakah Maksud Sebenar Mimpi Gigi Patah?

Pastinya sekali seumur hidup, setiap orang memang akan mengalami patah gigi dan itu memang satu hal biasa yang dialami oleh semua manusia. Namun jika anda bermimpi anda patah gigi atau tercabut, maka mimpi ini memiliki maksud tersendiri.

Ada orang mengatakan bahawa mimpi gigi patah ini merupakan petanda buruk bagi orang yang mengalami mimpi tersebut. Namun, tak semua mimpi gigi patah itu membawa tafsiran yang buruk. Ada juga membawa tafsiran yang baik.

Jadi apakah maksud dari mimpi gigi patah?

Maka, hari ini akan saya kongsikan kepada anda maksud sebenar gigi patah, tercabut atau tertanggal yang saya dapat dari beberapa sumber.

Pertama, maksud mimpi gigi bawah patah. Sekiranya anda mengalami mimpi ini, anda disarankan untuk berhati-hati. Hal ini kerana, mimpi gigi bawah patah merupakan petanda anda akan mengalami kesusahan dalam kehidupan. Jika gigi patah pada bahagian kiri itu, katanya ada kaitan dengan pekerjaan, sedangkan bahagian kanan pula membawa petanda bahawa anda akan menderita suatu penyakit. Selain itu jika gigi yang patah adalah gigi taring, maka maksud akan ada salah satu kenalan anda yang pergi meninggalkan anda.

 

Kedua, maksud mimpi gigi patah semua. Mimpi gigi patah semua juga dikatakan sebagai sebuah petanda buruk untuk orang yang mengalami mimpi tersebut. Sebagai contoh, dalam waktu terdekat anda harus mengeluarkan atau menggunakan sejumlah wang yang besar. Boleh jadi ianya adalah hutang atau denda kepada anda.  Jadi penting bagi anda untuk membuat simpanan wang bagi persediaan di hari yang kita tidak boleh jangkakan.

Ketiga, maksud mimpi gigi atas patah. Sangat berbeza dengan dua mimpi sebelumnya, mimpi gigi atas patah ini membawa petanda yang baik. Ramai yang menyatakan bahawa anda akan memperoleh rezeki yang cukup besar. Boleh jadi, ianya adalah rezeki yang berbentuk benda atau keuntungan dari hasil perniagaan anda.

Terakhir sekali, maksud gigi geraham atas patah. Bagi anda yang mengalami mimpi ini perlu berhati-hati kerana ianya membawa petanda yang betul-betul buruk.Jika anda bermimpi gigi geraham sebelah kanan yang patah maka maksudnya adik anda akan mengalami musibah, sedangkan sebelah kiri maksudnya abang atau kakak anda yang akan mengalami musibah.

Namun, janganlah kita mempercayai perkara ini bulat-bulat kerana sesungguhnya apa sahaja yang akan berlaku atau telah berlaku adalah qada dan qadar yang ditetapkan oleh Tuhan. Berhati-hati sahajalah.

 

About Sifudurian 316 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*