Bantu Pulihkan SAKIT GIGI – Tips Dan Cara Menanam BAYAM dalam PASU

dav

1. Bayam adalah sejenis tumbuhan sayuran yang selalu digunakan dalam masakan.

2. Bayam mudah untuk ditanam dengan keratan batangnya sahaja. Ianya adalah sejenis pokok herba renek yang berbatang lembut dan berdaun kerinting.

3. Potong keratan batang bayam dalam 4-7 cm. Kemudian cucuk di dalam pasu. keratan batang akan bertunas dalam tempoh masa 4 hingga 7 hari.

4. Untuk mendapat hasil bayam yang sihat dan baik, hendaklah menggunakan tanah yang bagus dan ada campuran bahan organik. Seeloknya campuran tanah tersebut kaya dengan kompos dan mempunyai pH 5.5-6.5.

5. Bagi penyiraman air, seeloknya adalah siram pokok dua kali sehari. Ini akan membantu pokok bayam tumbuh dengan subur.

6. Bagi pembajaan pula, boleh dilakukan sebanyak dua kali dalam sebulan. Baja yang disyorkan adalah palet baja tahi ayam. Kuantitinya adalah sebanyak satu sudu makan bagi setiap pasu.

7. Apabila pokok mula tinggi melebihi 20 cm, sebaiknya adalah memangkas pokok tersebut. Kekalkan ketinggian dalam 10-15 cm sahaja.

8. Tumbuhan bayam kurang diserang penyakit perosak. Namun, ianya digemari oleh siput dan ulat bulu. Cara untuk menghapuskan adalah dengan meracun menggunakan racun organik daripada bahan dapur.

9. Setelah daun merimbun, sesi penuaian boleh dilakukan. Kebiasaanya Bayam boleh mula dituai selepas 30 hari tempoh penanamannya. Pastikan membaja semula setelah selesai penuaian.

10. Sekiranya tanaman bayam ini dikomersialkan, potensi pendapatan bagi sehektar tanah dan semusim tuaian boleh mencecah RM14,000. Pasaran bayam kini dijual dengan harga RM1 sekilogram.

11. Selain digunakan sebagai bahan masakan, bayam dipercayai boleh membantu mengurangkan sakit gigi dan gusi. Sekiranya dimakan selalu, ianya dapat membantu merawat mata.

Artikel ini dipetik dari Anim Agro Technology dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*