Bantu Ramai Penghidap Penyakit Diabetis – Khasiat Peria Katak dan Penanamannya.

1. PERIA KATAK adalah sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia.

2. Peria katak ditanam di kawasan terbuka dengan 100% sinaran terus matahari.

3. Batas perlu disediakan bagi tanaman ini yang diletakkan lapisan plastik silvershine bagi kawalan rumpai dan kelembapan tanah.

4. Tanah seluar sehektar perlu digaul dengan tahi ayam dengan kadar 2 tan sehektar. Letakkan 2 biji benih setiap lubang dan jarak adalah sejauh 1.5 meter.

5. Penggunaan baja NPK 15:15:15 dan baja tahi ayam pada tempoh awal penanaman. Kemudian gunakan baja buah 12:12:17:2 dengan kadar yang bersesuaian.

6. Siram tanaman dua kali sehari, dan kawalan rumpai dilakukan kerap secara manual. Peria katak matang dalam tempoh tiga ke empat bulan dan dipetik menggunakan pisau tajam.

7. Peria Katak selain dijadikan ulam, ianya juga boleh dibuat jus untuk merawat penyakit Diabetes. Penyelidik mendapati peria memberi kesan hipoglisemik dan bertindak menurunkan paras gula dalam darah dan sekaligus merawat penyakit diabetis.

8. Cara paling mudah membantu merawat diabetes adalah dengan mengambil jus peria setiap pagi. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicampurkan dengan epal hijau dan oren.

9. Antara khasiat lain adalah ianya kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli.

Artikel ini dipetik dari Berita Harian dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*