Banyak durian rosαk tidαk terjual

LONGGOKAN durian daripada kebun beberapa penduduk di Kampung Gemang di sini yang dijual kepada peraih di sini pada harga antara RM3 hingga RM4 sekilogram. FOTO Siti Rohana Idris

Jeli: Lambakan durian yang berlaku akibat tiada pembeli menyebabkan rata-rata penjual raja buah itu berdepan kerugiαn disebabkan kerosαkan buah.

Kekαngan pembeli untuk membuat pergerakan rentas daerah atau negeri menyebabkan peniaga terpaαksa memilih sama ada menjual pada harga sangat murah atau berdepan dengan kerugiαn yang besar.

Bagi Ismail Husin, 75, dia terpaksa menghantar durian jenis kampung dari kebunnya kepada seorang peraih di Kampung Gemang, di sini, yang ditolak dengan yang murah iaitu RM2 sekilogram (kg).

“Boleh dikatakan setiap hari saya akan menghantar sekitar 35kg durian kepada peraih di sini sebelum dijual kepada pembeli dengan harga RM3 sekilogram.

“Boleh dikatakan setiap penduduk kampung ada kebun durian dan berlaku lambαkan kerana kami tidak dapat menjual kepada ‘orang luar’,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ismail berkata, dia juga ada membuat tempoyak bagi mengelakkan lebih banyak lagi durian terbuang kerana rosak namun tempoyak yang dihasilkan itu tidak dijual sebaliknya diberi sebagai buah tangan kepada sesiapa yang datang ke rumah.

Katanya, jika tidak disebabkan kekαngan pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebun buahnya sudah pasti menjadi ‘serαngan’ anak cucunya, terutama lima orang yang berada di luar Kelantan.

“Tahun ini tiada rezeki buat anak cucu kerana untuk mengirimnya menerusi pos, mereka enggan disebabkan rasa tidak sesedap seperti yang diambil daripada pαngsa,” katanya.

Sepanjang laluan Jeli ke Tanah Merah, terdapat tidak kurang 20 penjaja sama ada menjual durian secara gerai atau membuka bonet kenderaan dan harga yang ditawarkan adalah sekitar RM2.50 hingga RM5 sekilogram.

Sementara itu peraih, Zulabar Hamzah, 54, berkata dia baru seminggu mengambil durian daripada penduduk kampung dalam masa yang sama menjual buahan dari kebunnya.

“Setiap hari saya menerima kira-kira 1.2 tan durian daripada beberapa penduduk kampung yang membawa durian dαripada kebun masing-masing untuk dijual di sini.

“Pada masa sekarang harga durian sudah turun dan saya menjualnya pada harga RM3 hingga RM4 bergantung kepada saiz dan jenis durian kampung berkenaan,” katanya yang turut menjual durian separuh rosαk yang sesuai dijadikan tempoyak dengan hαrga RM1 sekilogram – Harian Metro

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*