Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah Yang BETUL Semai Daun Sup!

Ada lagi tak yang belum berjaya tanam pokok daun sup ni? mari saya kongsikan 3 kaedah untuk tanam pokok daun sup.

Kaedah Pertama : Semai Biji Benih

1. Siapkan media tanaman. Saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam (nisbah 1:1:1) Lepas isi ke bekas (cup) saya siram siap-siap.

2. Tabur biji benih sikit je. Tak perlu banyak. Tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus. Lepas spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah-celah media. Banyak yang gagal sebab ni lah, benih yang bercambah tak dapat tembus tanah untuk dapat cahaya.

3. Spray dengan air, cukup 1-2 kali tembak je. Kemudian letak tempat teduh, spray 2x sehari pagi dan petang. InsyaAllah tumbuh selepas 7-10 hari. Kalau 2 minggu tak tumbuh-tumbuh jugak bererti gagal, kena cuba lagi.

Anak pokok sup umur 1 bulan lebih hasil semai biji benih. Seminggu 2 lagi dah boleh asing-asingkan dan pindah ke bekas lebih besar.

Kaedah Kedua: Tanam Semula Akar Pokok Matang

1. Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih serta ada anak  atau tunas kecil. Potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil.

2. Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari. Dah boleh tanam jika nampak akar makin sihat + tunas makin segar & membesar.

3. Siram sikit-sikit je jangan terlebih air, antara lain penyebab ramai yang gagal sebab media terlalu lembap atau basah. Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu.

Kaedah Ketiga: Tanam semula anak-anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2.

1. Pokok induk mesti sihat dan subur serta ada banyak anak-anak pokok yang baru keluar. Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas.

2. Cabut perlahan-lahan. Syarat kena ada akar bersama anak pokok tu. Kalau takde akar agak susah nak tumbuh.

3. Tanam dan letak dekat tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil. Siram sederhana, sama macam kaedah 1 atau 2. Jangan terlebih air.

Anda boleh pilih mana-mana kaedah diatas. Insya Allah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah nombor 3.

Selamat mencuba!

Sumber: Pyan Sempoi (Kebun Sayur, Bunga Dan Buah-Buahan)

About Sifudurian 210 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*