Banyak Kali Tanam Tapi Tidak Tumbuh, Begini Cara Semai Biji Durian Yang Betul!

Banyak kali tanam biji durian tapi tidak hidup? mari saya kongsikan teknik yang betul menyemai biji durian supaya semua tumbuh!

1. Sebaik makan durian, jangan buang biji, terus cuci bersih-bersih dan rendam dengan air biasa satu atau dua malam sahaja. Anda akan nampak akar mula keluar selepas direndam.

2. Jika biji durian direndam lebih dari 3 hari, atau dibiar di tempat yang panas/ terbuka, peratus hidup adalah rendah sebab biji durian menjadi ‘masak’ oleh haba.

3. Sebaik direndam 1-2 malam, terus semai. Ada beberapa cara menyemai biji durian. Pertama terus tanam dalam polibag bersaiz 7×10 menggunakan tanah kuning + top soil.

4. Cara lain ialah semai diatas pasir /karung terpakai atau cocopeat..boleh buat batas tempat semai, pastikan ada net hitam untuk melindungi cahaya matahari .

5. Atau semai dalam polibag besar saiz 16×18, guna media cocopeat 100%. Pastikan diletak dibawah net hitam, perlu cahaya matahari.

5. Selepas 1 bulan lebih, iaitu dah ada lebih kurang 3-4 daun keluar, boleh lah pindah ke polibag bersaiz 7×10. Selepas 1-2 bulan, anda boleh jual sebagai pokok penanti atau cantum dengan durian kegemaran anda seperti Musang King dan Duri Hitam.

Selamat mencuba – Sifudurian

About Sifudurian 314 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*