Begini CARA Tanam Pokok Buah-Buahan Ketika Musim PANAS Yang RAMAI Tidak Tahu

Ramai yang TIDAK tahu, boleh ke tanam DURIAN ketika musim PANAS atau kemarau? jawapannya BOLEH. 

Ramai yang salah tafsir, tidak semestinya musim HUJAN sahaja boleh tanam pokok buah-buahan seperti DURIAN, mangga, kelapa dan sebagainya.

Artikel petang khamis saya kongsikan CARA tanam pokok durian ketika musim panas.

1. BENIH 

Pilih benih dalam polybag yang sudah MATANG dan sebaiknya bersaiz anggaran 1.5 kaki -3 kaki. Sebaiknya benih yang masih kecil, pindahkan dahulu ke polybag paling besar bersaiz 15×18.

Semai sekitar 6 bulan, sekiranya ketinggian mencapai sekitar 2 kaki keatas, barulah masuk ke kebun. Lagi tinggi usia dan saiz pokok, legi tinggi POTENSI hidup.

2. AIR

Selepas tanam di kebun, pastikan siram dengan AIR setiap hari. WAJIB. Elakkan tanah menjadi kering kerana akar durian belum mampu berdikari sendiri dan bergantung sepenuhnya pada pekerja untuk menyiram

Sebaiknya gunakan sistem pengairan yang sistematik seperti memasang tangki dan paip, gunakan sistem TIMER untuk menyiram pokok secara AUTOMATIK

3. BATANG PISANG / DAUN KERING (MULCHING)

Sekiranya anda siram secara manual, tabur dengan daun2 kering di pangkal pokok untuk mengelak tanah menjadi cepat kering.

Satu teknik lagi ialah guna batang PISANG kemudian di belah dua, letak di keliling pokok untuk tujuan melembapkan tanah.

 4. NET HITAM

Paling penting adalah memasang NET HITAM untuk melindungi pokok daripada terkena matahari secara terus.

Caranya pagar pokok durian secara 4 segi, mengikut ketinggian pokok, dan letak atap diatas untuk melindungi sinaran UV yang panas.

Anda juga boleh menggunakan DAUN KELAPA untuk melindungi pokok durian daripada matahari.

TUJUAN utama net hitam selain mengelak matahari adalah untuk MENGELAK gangguan SERANGGA seperti belalang dan haiwan lain.

Cara tanam durian ketika musim HUJAN adalah sama dengan kaedah diatas. Jangan lupa tabur baja subur, puradan dan CIRP sebelum menanam durian.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di fb anda terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*