Bekas Miss World Malaysia, Antara Barisan Hadapan di Hospital Putrajaya

Bekas Miss World Malaysia, Antara Barisan Hadapan di Hospital Putrajaya

“Beauty with brain” itu lah ucapan yang sesuai diberikan kepada seorang bekas Miss World Malaysia, Dr Nisha Thayananthan. Beliau merupakah salah seorang barisan hadapan dalam memerangi penularan CoV-19. Turun membantu golongan yang terkesan akibat penularan CoV-19 ini.

Mengikut sumber, Dr Nisha Thayananthan merupakan seorang doktor dari Hospital Putrajaya. Beliau sering turun ke lapngan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Seremban bagi mengagihkan sumbangan seperti beras, susu, gula dan minyak masak.

Menurutnya, beliau sudah dididik dengan sikap untuk sentiasa memberi kepada orang yang kurang berkemampuan.

“Saya telah dididik oleh keluarga yang memberi adalah lebih baik daripada menerima terutamanya kepada golongan kurang bernasib baik. Inspirasi saya adalah kedua orang tua saya”

“Saya juga sudah lama menyertai misi kemanusian, dan sepanjang perjalanan tersebut, saya telah bertemu dengan pelbagai orang yang susah terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan” – Katanya kepada wartawan.

Tambahnya lagi, ramai orang telah menghubunginya bagi mendapatkan bantuan sejak pandemik CoV-19 bermula. Beliau juga merupakan antara petugas barisan hadapan di Hospital Putrajaya. Beliau juga dikatakan menggunakan duitnya sendiri bagi membeli barangan bantuan.

“Selalunya saya akan menggunakan duit saya sendiri bagi membantu mereka dan meluang masa dengan melibatkan diri membuat kerja amal” – Dr Nisha

Beliau turut mengucapkan jutaan penghargaan kepada rakan-rakannya yang bekerja siang dan malam selain terpaksa berjauhan dengan keluarga yang tersayang ketika ini. Besar pengorbanan mereka menurutnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar kekal berada di dalam rumah sementara mereka sedang bertungkus lumus membasmi CoV-19 di negara ini. Beliau turut mengajak kepada mereka yang berkemampuan untuk memberi sumbangan dengan menyalurkan bantuan kepadanya sebelum diagihkan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Anda boleh emel beliau di nisha@live.com.my

Dr Nisha juga merupakan top 6 Miss World Malaysia 2019. Dimana pertandingan tersebut tealh dimenangi oleh Alexis Sue Ann

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*