Belalang goreng kerutuk, kunyit juadah istimewa Aidiladha

ROSLINA Mohd. Othman menunjukkan belalang masak kerutuk yang menjadi juadah istimewa pada Hari Raya Aidiladha kali ini di Kelantan. – FOTO/TOREK SUL0NG

PASIR PUTEH: Menjelang Aidiladha tidak lama lagi, makanan eks0tik, belalang liar menjadi pilihan penduduk di negeri ini sebagai juadah di pagi hari raya, sama ada dimasak kerutuk atau goreng kunyit.

Bagi penggemarnya, belalang dikatakan enak dimakan bersa­ma ketupat palas atau ketupat nasi.

Pengusaha belalang kerutuk, Ros­lina Mohd. 0thman, 41, dari Kampung Bukit, Telipot, berkata, dia tidak menang tangan menyi­apkan belalang kerutuk yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu.

Belalang liar menjadi pilihan penduduk di negeri ini sebagai juadah di pagi hari raya.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Roslina berkata, harga se­kil0gram belalang lebih mahal ber­banding sekilogram daging lembu kebanyakannya ditang’kap secara manual menggunakan tangan tanpa peralatan khas.

Katanya, harga pasaran run­cit serangga itu kini RM70 se­kilogram manakala harga borong RM50 bergantung kepada musim serta situasi banyaknya belalang di sekitar sawah padi.

“Saya mendapat bekalan belalang hidup daripada penduduk Felcra Teratak Batu, Kampung Changgai dan Kampung Panggung selain bela1ang yang dicari oleh penduduk Kampung Bukit.

“Permintaan kali ini agak tinggi kerana kerutuk belalang bagaikan serunding yang enak dimakan dengan ketupat yang dijadikan sebagai juadah istimewa hari raya,” ujarnya.

Menurut Roslina, dia hanya berupaya memasak sebanyak tiga kilogram belalang sehari yang memakan masa selama ti­ga jam untuk siap tidak terma­suk proses membungkus.

“Sebanyak tiga kilogram belalang mampu menghasilkan 46 bekas seberat 100 gram yang dipasarkan ke seluruh negara dengan harga RM12 tiap satu ma­nakala tempahan dalam daerah dihantar sendiri dari rumah ke rumah,” katanya.

Katanya, proses membersih be­lalang, membuang sayap, ka­ki ber’duri, kepala dan bahagian na’jis juga memakan masa yang lama dan kerja renyah itu diuruskan ahli keluarga.

“Kalau upah orang kerja menyiang belalang, kita kena bayar RM20 untuk satu kilogram belalang,” katanya.

“Masakan tradisional warisan keluarga ini mendapat permintaan paling tinggi penggemar dari Melaka, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Perlis,” katanya.

Roslina berkata, perusahaan yang sebelum ini dijalankan secara sambilan turut membuka peluang perniagaan kepada suri rumah lain yang berminat menjadi ejen jualan belalang g0reng kerutuk. – UTUSAN

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*