Beli durian harga kayangan tapi isi mengecewakan!

“SIAPA YANG MENIPU DIA BUKAN DIKALANGANKU!”

Ada Ketikanya Niat Baik kita diambil Kesempatan. Banyak Ketikanya Keikhlasan Kita diuji Tuhan.

“Abang nak bawa semula buah ni tunjuk pada peniaga itu ke?” soal isteri setelah kecewa benar melihat isi dalam buah durian yang saya bawa pulang.

Awalnya saya rasakan seperti patut ditunjuk kembali pada peniaganya tetapi setelah berfikir semula, bagi saya cukuplah saya ambil gambarnya.

Dua biji saya beli dan kedua-duanya rezeki mendapat buah yang sebegitu. Saya hanya merasa secalit manakala anak-anak dan isteri menghabiskannya.

Sedikit banyak saya juga ada berasa kurang berpuas hati, walau bagaimanapun kami buat keputusan dimakan sahaja bahagian yang elok.

Teringat kata-kata saya pada peniaga tersebut sebelum membelinya, “Saya jujur memang tak pandai pilih durian bang. Ini yang dekat rumah nak makan sangat. Kalau abang boleh cadangkan yang elok untuk saya.”

Niat saya, sambil nak bagi anak isteri merasa mudah-mudahan bantu juga peniaga-peniaga tepi jalan.

 

Ditunjukkan pada saya sisi isi buah yang nampak baik-baik sahaja dan saya yang lurus ini langsung setuju. Silap saya juga barangkali meletakkan 100% kepercayaan. Dan akhirnya….

Apapun saya sudah halalkan cuma sebagai ingatan dan nasihat kepada para peniaga termasuklah saya. Keutamaannya kepada peniaga-peniaga durian yang tumbuh di mana-mana sekarang. Hayatilah hadith dibawah ini:

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berjalan berdekatan dengan selonggok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu.

Tiba-tiba jari baginda SAW terkena sesuatu yang basah. Baginda bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan?

Orang itu menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah.”

Baginda bersabda: “Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya. Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku. (Hadis Riwayat Muslim, at-Tirmizi)

Antara huraian hadis ini, rasulullah SAW mengganggap perbuatan tersebut sebagai penipuan boleh ditafsirkan sebagai amaran keras kepada perbuatan yang mengandungi unsur peni*puan.

Sifat orang mukmin ialah sentiasa menginginkan kebaikan untuk saudaranya dan perbuatan ini tentu sekali bercanggah dengan tuntutan iman.

Walaupun yang basah itu belum r0sak namun ia akan cepat r0sak. Oleh itu, mudarat terhadap orang lain mestilah dielakkan sekalipun ia tidak menguntungkan diri sendiri.

Antara pengajaran yang boleh diambil buat peniaga melalui hadis ini,

1. Amaran keras terhadap penipuan dalam urusan mu’amalat sehingga kepada tahap penafian mengikuti Sunnah Rasulullah SAW

2. Ha*ram melakukan perbuatan yang mengandungi unsur peni*puan dalam segala bentuk mu’amalat seperti jual beli, sewa beli, gadaian, pinjaman, pertukangan dan juga pekerjaan professional.

3. Penjual wajib menyatakan kecacatan yang ada pada barangnya. Ini kerana walaupun makanan tersebut belum lagi r0sak namun baginda mengingatkan penjual tersebut supaya jangan menyembunyikannya kerana ia mudah terdedah kepada ker0sakan dan ini menyebabkan penjual itu menjualnya dalam keadaan sudah r0sak.

(sumber : darulkauthar.net)

Ibrahim bin Adham, seorang ulama tasawuf (wafat 160H) pernah ditanya mengenai kedudukan seseorang yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan berbanding mereka yang hanya diam berwirid di masjid.

Kata Ibrahim binAdham, “Peniaga yang benar dan adil dalam segala-galanya. Melalui percakapannya, layanannya, harga dalam apa jua yang dijual iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya lebih aku cintai daripada orang yang hanya wirid dan duduk di dalam masjid yang tidak menguntungkan orang lain melainkan hanya dirinya semata-mata.”

Beliau menambah, “Berniaga lebih baik tetapi dengan syarat peniaga itu mestilah benar dan adil dalam perniagaannya.”

Moga-moga ingatan ini berbekas kepada para peniaga.

Tak ketinggalan, satu lagi nasihat atau amaran keras daripada Ibrahim bin Adham,

“Syaitan akan mengg0da seseorang manusia yang berniaga melalui beberapa cara. Antaranya melalui timbangan atau mizan dan juga semasa peniaga tersebut mengambil dan memberi barang kepada pelanggan.”

Wallahu’alam

Kredit: Fb Ahmad Fairoz

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*