Beratus durian, cempedak gugur dipuku1 ribut

Mohd Fadzlien Jaffar mengutip durian yang gugur akibat dipu*kul ribut berhampiran kediamannya di Kampung Seberang Perai, Sungai Petai, Al0r Gajah. Foto NSTP/Hassan Ismail

AL0R GAJAH: Lima sekeluarga terpaksa berputih mata menyaksikan beratus biji durian yang menunggu masa untuk gugur, mus*nah dipu*kul ribut di Kampung Seberang Perai, Sungai Petai, di sini.

Mohd Fadzlien Jaffar, 43, dan isteri, Norisnita Wahit, 42, serta dua anak berusia lapan dan 11 tahun serta ibu, Rokiah Mohamed, 69, terpaksa menelan kepahitan selepas kebanyakan durian pada kira-kira 2o pokok berhampiran kediaman mereka gugur akibat dilanda angin kencang pada jam 11.30 pagi semalam.

Turut mus*nah ialah beratus biji cempedak dan keseluruhan bumbung dapur kediaman mereka yang diterbangkan angin dalam sekelip mata.

Fadzlien yang bertugas sebagai jurugambar profesional, berkata hujan lebat bermula jam 11 pagi sebelum dia terlihat kepala angin hitam datang dari arah pokok durian di belakang kediamannya setengah jam kemudian.

“Kepala angin yang hitam pekat itu datang dengan amat laju sebelum merempuh pokok durian dan cempedak serta dalam sekelip mata sahaja ia mengangkat keseluruhan bumbung dapur.

“Selepas keseluruhan kayu galang, kekuda dan bumbung trcabut, ia terlipat ke bumbung ruang tamu,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Dia berkata, durian berkenaan belum masak dan menunggu masa untuk gugur beberapa minggu lagi, sekali gus menyebabkan ia tidak b0leh dimakan kerana masih kelat.

Beratus biji cempedak yang gugur juga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian kerana pada musim cempedak sebelum ini, dia mampu mendapatkan pendapatan tambahan hasil daripada penjualannya.

Katanya, pagi ini dia mencuba mencari durian dan cempedak yang masih el0k tetapi hampa kerana kedua-dua jenis buah itu didapati masih terlalu muda.

“Alhamdulillah, tahun ini 20 batang pokok durian berbuah berbanding sebahagian kecil yang tidak berbuah tahun lalu tetapi kali ini Allah uji kami dengan kerugian apabila buah itu gugur sebelum waktunya,” katanya.

Norisnita berkata, ketika kejadian dia memasak dan terkejut apabila hujan lebat dan angin kencang tiba-tiba mengangkat bumbung dapur.

“Saya terpaksa lari apabila hujan mencurah-curah masuk ke dapur tetapi terjatuh akibat terpijak lantai licin.

“Mujur suami ada ketika itu dan mengangkat saya ke ruang tamu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan lauk yang dipenuhi air,” katanya.

Berikutan itu, mereka masih menunggu pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kmpung (JPKK) Seberang Perai menghulurkan bantuan menjalankan kerja pembaikan bumbung, katanya – Berita Harian

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*