Berhabis beribu ringgit beli durian

MOHAMAD FAUZI (kiri) dan Vincent tidak kisah berhabis lebih RM1,000 semata-mata mahu menikmati durian udang merah setiap kali musim buah.

PETALING JAYA – Harganya yang mahal bukan penghalang bagi pengemar durian menikmati keenakan buah itu sekalipun ketika musim pan’demik C0vid-19.

Malah, rata-rata mereka sanggup berbelanja besar sehingga ribuan ringgit semata-mata mahu menikmati keenakan durian musing king, duri hitam dan udang merah.

Tiada istilah ru’gi atau memba’zir bagi ‘han’tu’ durian biarpun perlu mengeluarkan duit yang banyak.

Di Raub, seorang pe­minat durian, Vincent Chong, 57, berkata, dia memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan untuk membeli durian ‘kayangan’ jenis duri hitam dan musang king.

“Memang durian duri hitam ma’hal, harga sebiji pun cecah RM200, tetapi rasanya memang sedap, kalau letak dalam peti sejuk rasanya seperti aiskrim.

“Setiap kali tiba musimnya, saya mesti beli durian duri hitam, sekurang-kurang sebiji selain jenis musang king,” katanya di sini se’malam.

Vincent memberitahu, dia dan rakan-rakannya sentiasa berkongsi maklumat mengenai raja buah itu.

“Pada masa ini, saya juga sering membantu rakan-rakan membeli durian musang king dari Raub dan kami masih me­nunggu ketibaan musim durian duri hitam yang dijangka lu’ruh pada Ogos ini,” katanya.

Di George Town, seorang pengusaha kedai makan, Mohamad Fauzi Ismail, 44, juga berbelanja lebih RM1,000 semata-mata mahu menikmati durian udang merah kegemarannya sekeluarga.

“Saya akan membeli durian dalam tempoh selang sehari dengan harga antara RM100 hingga RM200 untuk dinikmati bersama is’teri serta dua anak yang berusia 6 dan 8 tahun.

“Saya tidak membeli banyak kerana menggemari buah yang segar dan hanya membeli buah yang baru gu’gur untuk dimakan terus,” katanya.

Menurutnya, penggemar durian kebiasaannya me­nganggap durian kampung kurang sedap, jadi mereka memilih untuk ber­belanja lebih dengan membeli durian premium demi kepuasan.

“Saya sudah makan durian duri hitam dan musang king, namun keenakanya tidak sama dengan udang merah yang lebih manis, berkrim, berisi tebal serta warna yang me’narik,” ujarnya.

Mohamad Fauzi berpendapat, buah durian daripada pokok tua sebenarnya lebih enak berban­ding pokok yang masih muda.

Jika anda mengalami kemu’rungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan kega’nasan rumahtangga dan pelbagai lagi ma’salah seperti pende’raan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929 – Kosmo Online

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*