Berhenti Kerja Sebagai Pereka, Gadis Ini Pulang Kampung Jadi Seorang Petani…

PENAT berhadapan senario kehidupan di kota raya besar membuatkan gadis ini membawa diri untuk pulang dan menetap di kampung halamannya di Teluk Intan, Perak.

Biarpun mempunyai kerjaya profesional sebagai pereka grafik dan penyunting foto, dia enggan menoleh kebelakang dan memulakan kehidupan baharu sebagai seorang petani.

Bercerita kepada mStar, Nuraishah Shamsuddin, 27, mendedahkan segalanya bermula sekitar 7 bulan yang lalu.

“Saya sudah penat duduk Kuala Lumpur hadap kesesakan lalu lintas. Kini saya balik kampung dan jalani kehidupan serba ringkas.

“Saya tinggal bersama emak dan Copot (seekor kucing). Setiap hari saya ke kebun dari pagi hingga tengah hari.

“Saya cari pendapatan dengan berniaga sayur organik tanpa racun kimia. Saya gembira dengan kehidupan sekarang,” ujarnya.

Posting Nuraishah yang tular di Twitter.

Bercerita mengenai permulaan hidup baharu itu, dia mengakui keadaan agak sukar memandangkan wujudnya kekeliruan mengenai status tanah yang hendak diusahakan.

Dia kemudiannya menjalankan proses membersihkan kawasan tersebut dan memulakan tanaman lebih 20 jenis sayur-sayuran.

“Mula-mula agak susah sikit lah sebab ianya tanah unknown. Saya cuma ada geran yang sah tapi tak tahu mana kedudukan tanah.

Lebih kurang 20 jenis tanaman. Sayur sentiasa tukar setiap kali harvest. Antaranya bayam, tomato, terung, bendi, sawi, salad dan daun sup.

“Tanah ni dari pemberian arwah ayah yang mana arwah sendiri tak tahu mana kedudukan sebenarnya.

“Lepas jumpa tanah saya terus terangkan kawasan, buat pagar dan terus mula buat batas. Sedikit demi sedikit buat batas sampai jadi macam sekarang ni.

“Lebih kurang 20 jenis. Sayur sentiasa tukar setiap kali harvest. Antaranya bayam, tomato, terung, bendi, sawi, salad dan daun sup,” katanya.

Antara hasil tanaman yang dituai Nuraishah (gambar atas)

Menurut Nuraishah lagi, berat badannya juga turun 18 kilogram (kg) sejak memulakan aktiviti pertanian.

Selain mengubah rutin harian dan diet, dia mengakui transformasi hala tuju hidupnya itu menjadikan dia lebih sihat, tenang dan gembira.

Ujar Nuraishah lagi, tiada apa yang perlu disesalkan kerana dia sebelum ini bekerja secara bebas (freelance) dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat.

“Pendapatan dulu tak adalah banyak mana. Standard gaji orang kerja office sahaja. Tapi sekarang disebabkan duduk rumah keluarga dan tidak banyak komitmen, tak adalah masalah sangat.

“Saya dulu freelancer. Bila-bila masa boleh berhenti kerja. Tapi lepas habis Masters in Arts (MA), memang terus rasa nak balik kampung settle down,” ujarnya yang menetap di KL sejak 2013 lagi.

Dalam pada itu, posting Nuraishah di Twitter sehingga saat ini menerima hampir 30,000 ulang kicau (Retweet).

Nuraishah mengusahakan lebih 20 jenis sayur setakat ini.

Malah, ramai netizen meluahkan rasa kagum akan pendirian gadis itu meninggalkan kerjaya di kota besar untuk meneruskan kehidupan yang lebih tenang di kampung.

“Seronoknya dapat berkebun, tenang duduk kampung dan dapat hirup udara segar.

“Hi sis, saya yang belajar pertanian pun tak amalkan sepenuhnya macam ni. Haihh rasa rugi betul ilmu yang diperoleh masa belajar dari dulu.

“Berbudi kepada tanah takkan rugi. Tahniah, sebab akak sudah jumpa ketenangan dalam keserdehanaan dan tak terikat dengan sistem kerja. You’re so inspiring,” tulis beberapa netizen – mStar online

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*