Berita Baik, Sayur Bayam Boleh Mencegah C0vid19

Berita baiknya majoriti atau 90% orang yang dijangkiti covidd19 akan boleh sembuh tanpa berjumpa doktor.

Dan kita boleh memainkan peranan untuk mengurangkan beban kakitangan kesihatan yang sudah keletihan.

Covidd19 tiada rawatan khusus, dan kemungkinan penyembuhan boleh dibuat dari rumah terutama golongan muda yang tiada penyakit.

Tetapi warga emas atau mereka yang mempunyai penyakit perlu berhubung dengan doktor segera jika disyaki terkena jangkitan covidd19.

Kebanyakan kes kematian covidd19 adalah bagi mereka yang sudah berusia 80 tahun keatas.

Sistem immune adalah sistem pertahanan kita yang melawan penyakit. Ia umpama bala tentera yang melawan musuh penyakit.

Oleh itu adalah sangat penting untuk menguatkan sistem imunisasi kita. Antara nutrien yang boleh kuatkan sistem imunisasi kita adalah vitamin D, vitamin A, vitamin C, zink dan probiotic.

Vitamin D akan beri amaran kepada badan bila terkena jangkitan. Makanan kaya dengan vitamin D adalah seperti ikan, telur, susu dan cahaya matahari.

Vitamin A dan C mempunyai fungsi yang sama iaitu melawan jangkitan penyakit apabila sudah dijangkiti. Vitamin C harus diambil dari pemakanan.

Ini kerana badan kita tidak menghasilkan dan tidak menyimpan vitamin C. Ia boleh didapati dari apa saja buah dan sayur seperti oren, kiwi dan brokoli.

Zink akan menguatkan fungsi sel-sel sistem imunisasi. Zink boleh didapati di dalam cendawan dan sayur bayam.

Probiotic juga penting untuk menguatkan sistem imunisasi. Ia boleh didapati dalam yougurt, tempe, kimchi dan miso.

Tidur yang mencukupi juga sangat penting. Semasa kita tidur badan kita aktif memperbaiki badan termasuk sistem imunisasi.

Hanya 1 malam tidur tidak cukup boleh mengurangkan sel imunisasi sebanyak 70%.

Kesimpulannya, untuk melawan wabak Covidd19, duduk dirumah dan elakkan keluar jika tidak penting. Amalkan sosial distancing, jarakan diri kita sekurangnya 1 meter dari orang lain.

Selalu bersihkan tangan dengan sabun atau sanitizer dan selalu mandi. Makan banyak sayur dan buah, minum air banyak, selalu gunakan kunyit dan bawang putih dalam masakan, dapatkan cahaya matahari, dapatkan tidur yang cukup.

Semua ini boleh menghindar dari terkena jangkitan covidd19, dan sekiranya dijangkiti sekalipun, ia akan mempercepatkan penyembuhan.

Penulis mendoakan anda dan sekeluarga dijauhi dari wabak ini dan dipermudahkan segala urusan – Sifudurian

Kredit: Institusi Kesihatan Alami

 

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*