Berlian ketiga terbesar di dunia bernilai RM231 juta ditemui di Botswana

Berlian ini diserah kepada Presiden Botswana Rabu lepas. – AFP (gambar atas)

JWANENG, BOTSWANA – Berlian yang dipercayai ketiga terbesar di dunia ditemui di Botswana, lapor portal berita Mail 0nline kelmarin.

Berlian belum dicanai itu dianggarkan bernilai sekitar £40 juta (RM231 juta).

Batu permata itu memiliki berat 1,098 karat(219.6 gram)dan berukuran 7.6 sentimeter. Ia ditemui di tapak perlombongan terkaya dunia di Jwaneng oleh syarikat Debswana Diamond C0mpany (Debswana).

“Kami percaya berlian itu adalah ketiga terbesar ditemui di dunia.

“Berlian yg jarang dan luar biasa itu amat bermakna buat negara Botswana.

“Penemuannya membawa harapan kepada negara ini yang kini berg*elut dengan kri*sis ekonomi semasa,” ujar Pemangku Pengarah Urusan Debswana, Lynette Armstrong.

Berlian terbesar di dunia ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1905 dengan berat 3,106 karat (621.2 gram), diikuti berlian 1,109 karat (221.8 gram) yang ditemui di Botswana pada 2o15.

Berlian seberat 1,098 karat yang ditemui di sebuah tapak perlombongan di Jwaneng. – AFP

Menurut Armstrong, penemuan kali ini adalah penemuan berlian terbesar dalam sejarah 50 tahun syarikat Debswana.

Debswana merupakan syarikat usahasama antara kerajaan Botswana dan gergasi berlian global, De Bee*rs.

“Pada masa ini, kami belum membuat keputusan sama ada mahu menjual berlian ini menerusi saluran jualan De Beers atau melalui syarikat milik kerajaan, 0kavango Diamond Company,” katanya.

Bagaimanapun, menurut seorang jurucakap Debswana, syarikat itu akan menjual berlian tersebut dengan cara yang akan memberikan manfaat maksimum kepada rakyat negara itu.

Pada Rabu lepas, berlian itu diserahkan kepada Presiden Botswana, Mokgweetsi Masisi di ibu negara, Gab0rone.

Sementara itu, Menteri Mineral Botswana, Lefoko Moagi berkata, penemuan berlian tersebut berlaku pada waktu yang tepat selepas pandemik C0vid-19 memberi kesan bu*ruk kepada jualan berlian negara itu tahun lalu. – AGENSI/K0SM0 0NLINE

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*