Bermula dari Rumah, Hasil Tanaman sudah ke Singapura – Kisah Kejayaan

1. Siapa sangka seorang bekas Komando, Encik Sabari Hashim, 67 tahun mampu menjadi petani yang berjaya dan dapat memasarkan tanamannya ke Singapura.

2. Antara hasil tanaman pokok kunyit, serai serta sayur-sayuran di halaman rumahnya bersama isteri, anak-anak dan cucunya.

3. Beliau mula menanam pokok kunyit, serai serta sayur-sayuran termasuk terung di halaman rumahnya yang hanya seluas 0.1 hektar. Ianya hanyalah sebagai hobi mengisi masa lapang selain daripada mencantikkan halaman rumah.

4. Lebih 2,000 pokok kunyit yang beliau tanam di halaman rumah termasuk di dalam bakul plastik, tayar terbuang dan sabut kelapa selain ratusan pokok serai dan terung.

5. Setiap hari kecuali ahad, Beliau membekalkan antara 50 hingga 80 kilogram daun kunyit bersama kunyit hidup manakala kira-kira 100 kilogram serai dalam masa sebulan kepada syarikat pembekal di Singapura.

6. Rahsia tanamannya hidup subur adalah tidak menggunakan sebarang bahan kimia dalam penanaman, sebaliknya hanya menggunakan baja organik di samping racun serangga semula jadi yang dihasilkannya daripada semburan bawang putih serta halia.

7. Katanya lagi, tiada rahsia atau petua tertentu untuk mendapatkan hasil tanaman yang gemuk dan berkualiti selain perlu berdisiplin dan rajin terutama menyiram serta mencantas daun rosak.

8.Tambahnya lagi, setiap tanaman yang sudah dituai, perlu disemaiserta ditanam semula bagi mendapatkan hasil baharu berikutan permintaan yang tinggi.

9. Beliau juga membekalkan hasil tanaman terutama serai kepada syarikat katering di Batu Pahat yang memerlukan sehingga 200 kilogram serai sebulan, selain pembekal Singapura.Sebanyak 80-150 kilogramdaun kunyit serta kunyit segar dibekalkan ke pasaran Singapura setiap minggu dan 200 kilogram serai dibekalkan ke Singapura dan pasaran tempatan setiap bulan.

Artikel ini dipetik dari Berita Harian dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*