Bilionair SIR Richard Branson bercadang akan bina hotel di bulan

Washington: Bilionair terkenal, Sir Richard Branson meluahkan hasrat untuk membina sebuah hotel di bulan untuk pelancongan penerokaan angkasa lepas.

Portal Evening Standard melaporkan beliau yang baru pulang melancong ke angkasa lepas menjangkakan lebih banyak penerokaan bersama Vir’gin Galactic di masa akan datang.

Ketika ini, kos bagi satu tiket penerbangan ke angkasa lepas dengan Vir’gin Galactic dianggarkan bernilai AS$250,000 (RM1.05 juta).

Impian mahu membina hotel di bulan itu akan diusahakan bersama anaknya kelak.

“Masih terlalu awal namun sama ada saya sendiri akan terbabit secara langsung dalam pembinaan hotel di bulan atau saya serahkan kepada anak-anak untuk melakukannya, ia bergantung kepada keadaan.

“Ia kedengaran seperti impian yang menga’rut, tetapi perkara sama dikatakan mengenai pelancongan angkasa lepas dan saya baru sahaja melakukannya,” kata Branson.

Branson berharap kewujudan lebih banyak roket dan kapal angkasa di masa depan akan mengurangkan kos penerbangan ke ruang galaksi itu.

Branson yang berlepas pada Ahad lalu menyifatkan ia ‘detik penting’ bagi jutawan itu dan juga seluruh industri ruang komersial.

Menceritakan pengalamannya, penerokaan itu lebih ekst’rem daripada dibayangkan sebelum memuji penerbangan pertamanya sebagai terbaik.

“Ini adalah impian seumur hidup. Mimpi tidak sering beru’bah menjadi kenyataan dan sungguh indah, semua yang mungkin saya impikan akan ber’laku,” katanya – Harian Metro

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*