Boleh Hilangkan Rabun – SOP Penanaman Lobak Merah dalam Pasu

1. Penyediaan bagi tanaman lobak merah tidaklah sesukar mana. Ianya memerlukan kondisi tanah yang dalam untuk membolehkan lobak merah menghasilkan umbisi yang cantik. Sediakan pasu yang mempunyai minimum 1.5 kaki.

2. Antara biji benih lobak yang popular adalah Chantenay atau Nantes. selain itu, jenis lobak merah mini atau bulat juga sangat sesuai ditanam di dalam pasu.

3. Bagi proses semaian pula, lobak merah mempunyai biji benih yang halus. Sediakan sehelai kertas tisu yang telah siap ditabur dengan benih lobak. Lipat menjadi segi 4 kemudian semburkan air bagi melembapkannya.

4. Masukkan kedalam plastik ziplock dan simpan lebih kurang 5-7 hari. Selepas cukup 7 hari, masukkan anak lobak merah ke dalam pasu.

5. Seterusnya lobak merah memerlukan medium tanaman jenis peroi dan sedikit berpasir. Campurannya adalah 2:1:1 (Tanah Hitam/Loam/topsoil):pasir sungai:kompo. Gaul dan masukkan dalam pasu.

6. Cara semaian pula adalah dengan membuat lubang pada kedalaman 2 inci sebesar jari telunjuk dengan jarak 5 inci setiap satu. masukkan benis dan kambus dengan tanah nipis. letak anak pokok bawah tempat separa teduh selama 7 hari.

7. Siram pokok 2 kali sehari setiap pagi dan petang. Cabut rumput dan rumpai bagi mengurangkan kadar saingan antara lobak.

8. Bagi mendapatkan baja yang sihat, kurangkan penggunaan baja. Kalau perlu, gunakan baja kompos dan elakkan penggunaan baja nitrogen tinggi.

9. Lobak merah boleh mula dituai setelah mencapai usia 60-90 hari. Sebelum dituai pastikan tanah sekitar lobak digemburkan dahulu bagi memudahkan untuk menarik lobak keluar.

10. Makan lobak selalu dikatakan dapat merawat dan menghilangkan rabun mata. Selamat mencuba!

Artikel ini dipetik dari Impiana dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*