Buah melon menjadi, rezeki bertambah musim PKP

SUFIAN Ahmad (kanan) dan Mohd. Zahid M0hd. Yaacob menunjukkan buah melon yang diusahakan mereka di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang, Kelantan semalam.

GUA MUSANG: Usaha dua rakan karib menanam 1,000 pokok melon atau tembikai wangi secara fertigasi berbaloi apabila tanaman itu kini sudah b0leh dituai dengan hasil mencecah empat tan metrik.

Sufian Ahmad, 46, dan Mohd. Zahid Mohd. Yaacob, 38, menanam pokok melon di atas tanah seluas o.4 hektar berhampiran rumah mereka di Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini sejak dua bulan lalu.

Mereka berdua merupakan kakitangan Kesedar Perkilangan Sdn. Bhd. dan aktiviti tersebut sekadar dilakukan secara separuh masa iaitu selepas tamat waktu bekerja dan pada hujung minggu sebagai pendapatan
sampingan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Sufian berkata, sebelum ini mereka menanam mentimun, pet0la dan cili namun sepanjang musim pande*mik, pasaran sayuran terjejas menyebabkan mereka beralih kepada buah melon.

“Tempoh matang pokok melon sebelum dituai antara 60 hingga 75 hari. Dengan tanaman yang kami usahakan sekarang, kami dapat tuai kira-kira 2,000 mel0n dengan berat purata satu hingga dua kilogram sebiji.

“Buah melon dijual pada harga pasaran semasa iaitu RM8 sekilogram,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Mohd. Zahid pula berkata, menerusi teknologi fertigasi, tanaman melon tidak memerlukan penjagaan rapi kerana mereka memperuntukkan masa selama dua jam sahaja sehari.

“Sebelum berjinak-jinak dengan teknologi fertigasi ini, kami mendapat khidmat nasihat daripada agensi-agensi termasuk Jabatan Pertanian dan petani-petani yang sudah biasa dengannya.

“Selain kurang penjagaan, satu lagi kelebihan teknologi sistem fertigasi ialah tanaman diusahakan tanpa tanah, sebaliknya dalam polibeg berisi sabut kelapa,” katanya.

Mengakui pasaran tidak serancak dulu ekoran seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua sahabat itu mengambil inisiatif menjual buah secara penghantaran tunai (C0D) di sekitar Gua Musang.- UTUSAN 0NLINE

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*