TIPS & PETUA

Buang Lemak Dari Air Rebusan Daging & Tulang Dengan Mudah, Barulah Sedap Buat Sup

Sup daging, sup tulang, sup perut dan sebagainya memang sedap. Makan panas-panas, kuah semangkuk pun habis. Namun dalam sedap kita menikmati hidangan, tak sedar banyak rupanya lemak-lemak yang menyebabkan kolester0l tu dah kita telan. Aduhhh…

Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan nak nikmati sup secara lebih ‘tenang’, boleh cuba kaedah ni. Agak melal4mbatkan kerja-kerja memasak tetapi berbaloi demi kesihatan yang baik.

Selalunya sebelum memasak sup, anda akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu supaya empuk. Sup yang terhasil bukan sahaja mengandungi pati-pati daging malah lemak juga. Ini c4ra mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau tulang.

CARA ASINGKAN LEMAK D4RI SUP

lemak

1. Mula-mula rebus daging atau tulang dengan air biasa hingga empuk.

2. Kemudian 4singkan daging dan tulang. Sejukkan sup seketika.

3. Ambil ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel . Celup mangkuk berisi ais tadi di permukaan sup (sila rujuk gambar ditas) selama beberapa minit.

4. Hasilnya, lemak-lemak yang ada dalam sup akan melekat pada mangkuk. Ulang beberapa kali hingga 4nda puas hati.

5. Cara lain untuk asingkan lem4k dengan menyimpan semalaman air rebusan dalam peti sejuk kemudian lemak-lemak putih akan timbul di permukaan. Selepas mengasingkan lemak dari air rebusan, boleh terus gunakan untuk mem4sak sup istimewa anda.

Info: Elakkan penggunaan mangkuk pl4stik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melek4t itu.

Kredit petua & foto: Nileya Nazri

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button