Buat Duit Dengan Penternakan Arnab Pedaging

ANAK arnab yang dilahirkan akan diasingkan dari induknya selepas berusia dua minggu

Pemuda ini sanggup meninggalkan jawatannya sebagai seorang penjawat awam bagi mencapai minat dan cita-citanya yang mendalam terhadap penternakan arnab. Muhammad Rizal Adha yang berusia 26 tahun kini bergelar usahawan muda dalam penternakan arnab.

1. Hanya bermula dengan hobi dan minat membela beberapa arnab hiasan, kini beliau sudah menternak lebih 500 arnab pedaging jenis New Zealand White.

2. Beliau menyatakan bahawa menternak arnab pedaging adalah lebih mudah berbanding menternak lembu, ayam, itik dan kambing. Beliau juga memberitahu keuntungan hasil jualan daging arnab ini sangat memuaskan.

3. Dalam masa sebulan, Rizal hanya dapat membekalkan antara 200-250 kg daging. Walaupun sekilo daging arnab dijual dengan harga RM35, ianya masih mendapat permintaan yang tinggi sehingga bekalan daging tidak mencukupi.

4. Bagi ternakan arnab daging , kos makanan bagi seekor arnab pedaging adalah diantara RM13 sehingga RM19 apabila ianya telah mencapai usia matang untuk disembelih. Hanya arnab yang telah mencapai berat dua kilogram ke atas akan disembelih.

5. Arnab mampu melahirkan anak sebanyak enam hingga 12 ekor sebanyak tujuh hingga lapan kali dalam masa setahun. Beliau mampu meraih pendapatan bersih RM2500 hingga RM3000 sebulan hasil dari jualan daging arnab secara terus dan atas talian.

6. Daging arnab kebiasaanya dibuat sate dan beberapa jenis hidangan lain seperti daging burger. Selain itu, daging arnab menjadi makanan kucing baka import. Beliau yakin bahawa penternakan daging Arnab mempunyai masa depan yang cerah.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di Facebook.

Kredit : Harian Metro, Usahawan (5 Januari 2020) dan di publish semula oleh Sifudurian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*