Bukit Fraser, Pulau Tioman dijangka dibuka semula untuk peIancongan awal Ogos

Kerajaan Pahang dan MKN sedang mengkaji SOP bagi menghidupkan semula sektor pelancongan di negeri itu yang sudah lama terje’jas akibat pan’demik C0VID-19. – Gambar fail/ Bernama

KUANTAN: Kerajaan Pahang bercadang untuk membuka sektor pelancongan di negeri itu secara berperingkat bermula awal bulan depan dengan Bukit Fraser dan Pulau Tioman menjadi perintis.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata pihaknya bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mengkaji prosedur operasi standard (SOP) gelembung peIancongan yang sesuai, bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat bagi menghidupkan semula sektor pelancongan di negeri ini yang sudah lama terje’jas akibat pande’mik C0VID-19.

“Penduduk di Bukit Fraser akan menerima sun’tikan kedua va’ksin mereka hari ini dan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak sedang meninjau kawasan itu bagi melihat S0P yang sesuai dengan norma baharu bagi membolehkannya dibuka semula.

“Selain itu, penduduk Pulau Tioman juga dijangka lengkap menerima va’ksin dalam masa terdekat, namun kita akan buka Bukit Fraser dahulu disusuli pulau berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vak’sin (PPV) di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Lanchang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Sharkar berkata SOP di kawasan pelancongan itu juga akan dijadikan rujukan bagi pembukaan lokasi tumpuan pelancong Iain di negeri ini termasuk Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Taman Negara dan Taman Negeri.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri juga bercadang untuk mempercepat pemberian vak’sin kepada pekerja restoran, motel, kedai cenderahati yang terlibat dengan sektor pelancongan bagi menyakinkan peIancong berkunjung ke lokasi itu – Bernama

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*