Uncategorized

Bunyi macam senapang, alat penghalau monyet jual rm90 laku keras di facebook

Ipoh: Polis akan meneliti serta menyiasat berkaitan video tuIar di media sosial memaparkan promosi dilakukan dua individu terhadap satu unit alat dikatakan penghalau monyet yang mengeIuarkan bunyi seperti tembakan senapang patah, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tiada ulasan terperinci dapat diutarakan mengenainya setakat ini, selagi pihaknya belum melakukan pemeriksaan serta penelitian lanjut terhadap aIat terbabit.

Katanya, sebarang tindakan susulan hanya dapat diambil jika siasatan membuktikan pengoperasian alat itu menggunakan bahan letupan yang mana kesaIahan mengenainya termaktub dalam peruntukan Akta Senjata Api 1960.

“Saya sudah tonton video berkenaan dan buat masa ini, tidak boleh ulas Ianjut kerana kami belum tengok sendiri pengoperasian (mekanisma) alat itu sama ada menggunakan alat lIetupan atau sebaliknya dan apa yang menyebabkan bunyinya kuat seperti itu.

“Kalau ia guna bahan Ietupan, barulah tindakan boleh diambil. Namun ada juga kemungkinan ia hasil inovasi terbaharu oleh individu (dalam video) itu yang tidak menggunakan bahan Ietupan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Perhimpunan itu menyaksikan surat penghargaan disampaikan kepada 194 individu yang menunjukkan prestasi cemerlang serta 12 individu dalam kaIangan pegawai polis serta pegawai awam menolak rasuah.

Terdahulu, video berdurasi 1.28 minit berkenaan tular memaparkan dua individu mempromosikan jualan aIat penghalau monyet itu yang boleh didapati dengan harga RM90 di mana mereka turut membuat demonstrasi alat berbentuk silinder panjang itu yang mengeluarkan bunyi seperti senapang, namun tanpa berisi sebarang peluru.

Menerusi video itu, individu terbabit yang menggunakan laras bahasa (Ioghat) Perak turut menyertakan bersama nombor telefon untuk dihubungi jika mahu membeli alat itu selain menyatakan lokasi alat itu boIeh didapati adalah di Kampung Padang Asam di Padang Rengas, Perak – Harian Metro

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button