Cara Berhenti Kerja Sebagai Guru

Saya telah berhenti kerja sebagai guru sejak penghujung tahun 2016. Disebabkan permintaan ramai guru yang ingin tahu bagaimana caranya untuk berhenti, di sini saya ingin kongsikan berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Bagi wanita, kalau nak dapatkan kelayakan pencen awal, anda perlu berkhidmat sekurang-kurangnya selama 10 tahun dan mesti berumur 40 tahun ke atas.

Dalam kes saya, perkhidmatan sudah 12 tahun, tetapi umur belum mencapai 40. Jadi saya tak dapat apa-apa. Pencen hanya akan dibayar mengikut umur yang anda pilih dahulu.

Maklumkan kerani dahulu dan dapatkan panduan dari kerani anda. Dalam kes saya, kerani sangat membantu saya, Alhamdulillah. Ini bidang mereka, jadi berbaik-baiklah dan rujuk mereka selalu.

Maklumkan Guru Besar. Dalam kes saya, Guru Besar sangat prihatin dan berikan nasihat dan pilihan jika nak tukar sekolah.  Tapi disebabkan saya dah tawar hati, saya menolak. Guru Besar menyuruh saya mengambil cuti tanpa gaji dan ambil masa untuk berfikir.

PPD Bentong pun memberikan nasihat yang sama, tetapi saya tetap menolak kerana sudah nekad. Kerani akan maklumkan kelayakan cuti tanpa gaji tu sampai bila (ada kiraan, berdasarkan tahun berkhidmat).

Kalau dah memang tak nak, boleh minta kerani percepatkan permohonan anda.

TIP TAMBAHAN

Pastikan anda ada back-up plan sebelum berhenti kerja, kalau tak nanti akan terumbang-ambing. Dalam kes saya, ketika berhenti tu saya sudah ada back up untuk 4 tahun, berkat berbisnes sambilan sejak tahun 2010.

Jika ada loan, boleh bayar manual pada bank setiap bulan. Klik sini untuk semak pasal pencen – jpapencen.gov.my/pilihan_sendiri

Bersedia mental dan fizikal kerana nanti ramai yang akan pertikaikan keputusan yang anda buat. Berdoa lah dan lakukan solat istikharah untuk dapatkan petunjuk sebelum buat keputusan.

Good luck!

Sumber: https://www.norfazilah.com/cara-berhenti-kerja-sebagai-guru/

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*