Cara Hapuskan Benah Putih (Aphid) Dengan Sabun Pencuci Pinggan!

Sebenarnya dalam menanam ni yang jadi penatnya adalah apabila tanaman yang kita tanam tu diserang serangga perosak. Dah elok-elok dah cantik, kembang daunnya, tiba-tiba esoknya daun mula layu.

Kadang-kadang ada juga bena putih / kutu daun yang buat rumah dekat situ sampai habis mati semua pokok kita.

Kalau korang nak tahu, Bena putih (Aphid), mealy bug dan whitefly adalah antara makhluk perosak ataupun kutu daun yang mudah menyerang pelbagai tanaman dan tumbuhan landskap yang kita tanam.

So harini Rentas Asia nak kongsikan diy cara mudah untuk menghasilkan racun ulat daun dan bena putih hanya menggunakan sabun basuh pinggan sahaja. Ya! Sabun yang ada dekat rumah tu.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN

1 sudu makan Pencuci pinggan Jenama Sunlight yang boleh basuh buah dan sayur ( ada aloe vera + garam) berwarna jernih dan 2.0 liter air (saya guna air paip Syabas jer).

CARA-CARA

Ambil 1 sudu makan cecair pencuci dan campurkan dengan air 2.0 liter dalam alat penyembur.

Isi sampai penuh penuh, biarkan buih yang terhasil keluar baru tutup dengan penutup.

Lepas tuĀ enjoylah menyembur. Bancuhan ni boleh tahan agak lama juga.

CARA GUNA RACUN ULAT DIY

Kongsi salah seorang yang menggunakan racun ini, katanya beliau tidak menyembur racun ini setiap hari. Racun ini digalakkan untuk digunakan hanya ketika ulat itu muncul pada tanaman kita.

Antara tanaman yang tumbuh subur dan elok selepas disembur racun tersebut adalah sepertiĀ  pokok Limau purut, pokok Serai, pokok Chili, pokok Pudina dan pokok Daun Kari dan lain-lain.

P.s : elakkan sembur pada tanaman kangkung kerana ia boleh menyebabkan daunnya melecur.

Kredit : Sirap Limau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*