Cara Import Atau Bawa Masuk Pokok Dan Bunga Dari Luar Negeri

(Gambar hiasan) Tahukah anda setiap tumbuhan seperti pokok durian dan bunga-bunga yang di bawa masuk atau import dari luar negeri memerlukan permit import dari Jabatan Pertanian.

Adalah satu kesalahan membawa masuk sebarang tanaman tanpa permit yang sah. Pokok akan disita dan dilupuskan jika didapati melanggar peraturan.

Tidak susah sebenarnya nak memohon permit, pergi sahaja ke Jabatan Pertanian di bahagian Bio Sekuriti & Kuarantin Tumbuhan dan beritahu nak import tumbuhan atau bunga dari luar negeri.

Mereka akan memberikan sekeping borang untuk diisi, anda dikehendaki menulis butiran pengimport dan pengeksport serta jenis tumbuhan secara spesifik.

Anda juga boleh download borong permit import di portal rasmi Jabatan Pertanian di sini

Selepas anda mengisi borang berkenaan, anda akan diberi satu slip, bawa slip tersebut selepas 3-5 hari dari tarikh anda mohon untuk mengambil permit yang sudah siap.

Satu permit biasanya dikenakan caj rm25 sahaja kalau tak silap. Tak mahal kan?

Untuk pengetahuan, semua bahan tanaman perlulah di cuci akar dan di celup dengan racun tertentu sebelum di bungkus untuk mengelakkan jangkitan kulat.

Bahan tanaman yang diimport tidak boleh mengandungi sebarang tanah, tanah harus di buka dan di balut dengan sabut kelapa untuk mengelakkan pokok kering.

Dari pemerhatian penulis, masih ramai yang membawa masuk tanaman atau bunga tanpa memohon permit. Jika di tagkap oleh kastam, maka sia-sialah anda membeli tanaman tersebut jika disita. Sudahlah pokok disita, duit beli pokok hangus macam tu je!

Diharap informasi ini dapat membantu anda serba sedikit tentang cara-cara import pokok dari luar negeri – Rentas asia

 

 

About Sifudurian 316 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*