Cara Kempiskan Perut

Ramai yang jadi stress bila perut menjadi buncit. Mana taknya kalau pakai baju tu mesti sendat, dan jadi singkat. Pakai seluar pun sampai perut terkeluar haih. So, kalau korang yang sedang berusaha nak kurus dan kempiskan perut ni korang kena semak balik apa rutin harian korang.

Betul ke tak? ke korang main taram je? haaa. Mana tahu sebenarnya disebabkan pemakanan dan livestyle harian korang yang caca marba ni menyebabkan korang tak kurus-kurus.

Harini Rentas Asia nak share dengan korang 5 Cara alami untuk kempiskan perut korang yang boroi tu.

Minum Teh Halia

Kita sedia maklum halia merupakan ejen pembuang angin yang paling alami sekali untuk badan kita. Ianya juga sebenarnya berkesan membantu pencernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik.

Halia juga dapat menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga dalam badan. Caranya membuat teh halia adalah dengan mencampurkan sedikit halia dalam teh dan rendam selama 5 min sebelum minum.

Minum Air Limau

Selain dari minum teh halia, minum air limau juga antara kaedah yang memang terbukti untuk mengempiskan perut buncit. Minum setiap kali setelah anda bangun dari tudur dan juga setiap kali selepas makan.

Tidur 6-8 jam Sehari

Tidur yang cukup sebenarnya dapat membantu sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan sekiranya anda tidur sebanyak 6 hingga 8 jam sehari, anda akan menjadi lebih bertenaga dan otak dapat berfungsi dengan baik.

Kurangkan Pengambilan Gula

Selain itu, dengan mengurangkan pengambilan gula dapat membantu mengempiskan peruy. Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin dalam badan seseorang. Selain itu, dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes dan obesiti.

Track Pengambilan Kalori anda

Akhir sekali adalah, mula mengambil kira pengambilan kalori anda dalam masa sehari. Tahukan anda sekiranya anda menjaga pengambilan kalori anda, anda dapat menguruskan badan dengan cepat. Pastikan minum air mineral dengan banyak ya!

Selamat mencuba!  (Gambar hiasan)

About Sifudurian 314 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*