Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi dengan Cepat & Selamat

Bahan Semulajadi yang Boleh Memutihkan Kulit Muka

1. Lemon

Lemon mengandung vitamin C yang dapat mencerahkan kulit. Lemon juga menjadikan kulit lebih bersih, bebas kusam dan dapat memudarkan flek hitam. Bahkan jika anda merawatnya setiap hari, dalam waktu dua minggu, warna kulit wajah sudah ada perubahannya.

Pastikan sebelum melakukan cara ini, anda telah mencuci wajah dengan bersih. Mula-mula potong lemon menjadi dua, lalu perah lemon ke mangkuk. Celupkan kapas pada air lemon, lalu gosokkan kapas ke wajah dengan gerakkan melingkar. Seeloknya, lakukan perawatan ini pada malam hari. Biarkan sisa lemon pada muka, tanpa perlu dibilas dan biarkan semalaman agar kandungan meresap pada kulit.

2. Sengkuang

Masker sengkuang untuk memutihkan wajah sangat semulajadi dan tidak berbahaya, tiada kesan sampingan.

Cara Membuat Masker Sengkuang

* Kupas kulit sengkuang. Cuci bersih-bersih.
* Parut sengkuang lalu perah airnya. Tampung air sengkuang ke dalam gelas, buang ampasnya.
* Biarkan air sengkuang tersebut lebih kurang 30 minit, akan ada endapan warna putih di dasar gelas.
* Buang air endapan yang berwarna cerah di bagian atas, biarkan endapan warna putih susu di bagian bawah kerana itu yang akan dipakai untuk masker muka.

3. Susu

Susu merupakan salah satu bahan semulajadi yang dipercaya dapat memutihkan kulit. Susu memiliki bahan yang melawan flek serta mencerahkan kulit. Berendam atau membasuh wajah dengan susu boleh mengurangi bintik hitam dan meningkatkan warna kulit.

4. Buah Betik

Kandungan enzim papain dalam buah betik mampu menanggalkan sel kulit mati dan memberi ruang untuk sel kulit baru tumbuh. Dengan kemampuannya itu, buah betik yang dijadikan masker wajah boleh menghilangkan flek hitam di wajah.

Untuk membuat masker buah betik, campurkan beberapa potong buah betik dengan minyak almond secukupnya. Hancurkan hingga menjadi larutan seperti masker wajah. Sapukan ke wajah Anda dan diamkan lebih kurang 15 minit lalu basuh dengan air suam. Selepas wajah anda bersih tepuk-tepuk dengan kain kemudian sapukan pelembab yang sesuai dengan jenis kulit.

Semoga bermanfaat.

Sekadar gambar hiasan

About Sifudurian 312 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*