Cara Mudah Baja Pokok Dalam Pasu Bagi Beginner – Tips dan Petua

Hari ni Admin akan kongsikan cara mudah membaja bagi beginner. Pokok boleh mula dibaja selepas dua minggu ditanam. Kalau pokok tu disemai biji benihnya, boleh mula membaja selepas tumbuh 4-5 helai daun.

Cara-cara membaja tanaman dalam pasu.

1.Kita perlu menggemburkan tanah, tanah biasanya menjadi padat setelah disiram air. Jadi, gembur ni bertujuan untuk memberi ruang baja mudah menyerap.

2. Ambil baja dalam 1-2 sudu bergantung usia pokok. Kalau pokok muda boleh gunakan 1/2 sahaja dari sukatan.

3. Tabur baja di sekeliling pasu jauh dari pangkal pokok bagi mengelakkan pokok melecur. Ini juga menggalakkan akar pokok bercambah.

4. Kemudian, siram air secukupnya selepas membaja. Medium yang baik biasanya bila disiram air, ianya takkan betakung. Sambil membaja berselawat.

5. Ulang pembajaan 2 minggu sekali.

Artikel ini dipetik dari vanillakismis dan ditulis semua oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*