Cara Mudah Menanam Pisang Berangan – Potensi pendapatan sebulan RM12,000

1. Bagi menanam pokok pisang berangan, setiap pokok pisang perlu dikekalkan dengan 8 daun sahaja.

2. Bagi pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Hal ini penting untuk menghasilkan buah yang besar dan mendapatkan hasil berat yang maksimum.

3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang. Setelah jantung pisang keluar bilangan daun yang dikekalkan hanyalah 6 helai sahaja.

4. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja. Ini bagi mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur dan sihat.

5. Setelah jantung pisang dipotong dari pokok pisang, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja. Apabila jantung telah keluar, hentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras. Ini akan menyebabkan kualiti pisang jatuh.

6. Bagi pembajaan, pada mula penanaman anda dikehendaki meletakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam. Setelah pokok mencecah umur 3 bulan, taburkan baja subur dengan nisbah 15:15:15.

7. Apabila pokok telah mencecah umur 6-7 bulan, boleh taburkan baja buah dengan nisbah 12:12:17:2. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram bagi setiap pokok
.
8. Bagi proses merumput, gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. Pokok tidak perlu ditajak untuk merumput, cukup memadai hanya dengan meracun sahaja.

9. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk menggelakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pastikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan yang maksimum.

10. Proses penuaian bagi pisang berangan berjantung anggarannya adalah sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu. Buah pisang berangan boleh dijual dengan harga serendah RM2.50 sekilogram dan dianggarkan boleh menjana pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

Artikel ini dipetik dari Harian Metro dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*