Cara Mudah Menanam Terung – Potensi Pendapatan RM3000 Sebulan

1. Penggunaan kaedah fertigasi yang sememangnya mudah dengan tanah seluas 0.6 hektar, boleh meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

2. Ramai petani yang berpendapat bahawa, kaedah tanaman fertigasi bukan sahaja menjimatkan tenaga malah pokok yang ditanam lebih mudah dijaga dan tidak perlu terlalu ba­nyak menggunakan air.

3. Setiap pokok terung yang matang boleh diambil hasilnya selepas 60 hari daripada tarikh mula ditanam.

4. Setiap pokok terung boleh mengeluarkan buah antara tujuh hingga lapan kilogram setiap kali di­tuai dan daripada 1,800 pokok yang ditanam, sebanyak 14 tan buah berjaya diperoleh dalam tempoh masa tiga bulan.

5. Jenis tanah lom dan berpH 5.0-6.5 sangat sesuai untuk penanaman terung panjang dan terung bulat. Anda digalakkan menggunakan campuran media 2:1:1 (tanah atas:bahan organik:pasir)

6. Bagi kaedah fertigasi gantung, Satu polibeg akan ditanam dengan sepokok sahaja dan medium tanaman adalah cocopeat.

7. Pembajaan perlu dilakukan secara sistematik dan membolehkan pokok terung berhasil dengan cepat dan seragam. Pembajaan yang disyorkan bagi 1 hektar tanah adalah 70kg N : 140 kg P205 : 200kg K20.

8. Namun, bagi kaedah fertigasi gantung, Set baja A dan Baja B dibancuh dalam tangki poli dan dipamkan atau disemburkan pada setiap pokok.

9. Sekiranya menanam secara konvesional, anak benih perlu disemai dahulu dalam dulang selama empat ke lima minggu dan disiram air dua kali setiap hari.

10. Setelah pokok tumbuh, hendaklah diletakkan sokongan bagi mengelakkan pokok tumbang dan buah terkena tanah. Ketika ini, kadar siraman boleh dikurangkan kepada sehari sekali.

11. Aktiviti pengawalan rumpai sangat penting bagi menjamin hasil yang bagus dan baik. Kerja merumpai perlu dilakukan setiap minggu.

Artikel ini dipetik dari Animhosnan dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*