Cara Mudah Tanam Jambu Batu Tepi Rumah. – SOP Penanamannya

Jambu batu merupakan buah-buahan tropika. Ianya banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan hentian rehat lebuh raya ( RnR). Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico

1. Penanaman Jambu Batu boleh dilakukan pada awal musim hujan dan hanya pokok benih yang sihat dan segar sahaja digunakan, boleh menggunakan pasu/batas.

2. Baja sebanyak 5 kg baja organik, 100 gm baja fostat dan 250 gm kapur dicampurkan ke dalam lubang/pasu. Pokok benih dimasukkan dalam lubang, ditimbus dengan tanah dan kemudian dipadatkan sehingga menjadi busut kecil.

3. Pastikan setiap anak pokok hendaklah diikat pada kayu sokongan berukuran satu meter tinggi dan diberi sungkupan.

4. Penyiraman dilakukan setiap hari sekiranya tidak hujan. Sekiranya menanam terus atas tanah, jarak tanaman yang disyorkan ialah 4m x 4 m dan jarak ini memberikan kepadatan sebanyak 625 pokok sehektar.

5. Seterusnya adalam pemangkasan. Anak pokok tut yang mempunyai 2-3 dahan primer dicantas pada paras 0.5 meter panjang untuk mengelakkan pertumbuhan dahan-dahan sekunder.

6. Ianya dilakukan secara berterusan dengan tujuan menjaga kesuburan pokok. Dahan dan ranting-ranting yang bersilang, berpenyakit, mati, lemah dan yang tidak diperlukan hendaklah dicantas.

7. Bagi untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan, ketinggian pokok dikawal pada tahap ketinggian 1.8 meter.

8. Bagi pembajaan berkala, untuk menjamin tumbesaran pokok dan penghasilan yang optimum, pembajaan hendaklah dilakukan dengan cara yang berkesan pada kadar dan masa yang tepat berasaskan peringkat dan corak tumbesaran pokok.

9. Selepas musim tuai dan selepas pemangkasan dibuat, bunga akan terbentuk pada celah-celah daun pucuk baru. Selalunya, terdapat 1-3 putik buah pada satu tangkal. Untuk memperolehi saiz buah yang besar,tinggalkan hanya satu putik sahaja pada satu tangkai.

10. Pembalutan buah dengan beg kertas dapat memberi perlindungan daripada serangan lalat buah, buah yang telah dibalut juga didapati lebih bersih dan menarik. Pembalutan dilakukan apabila buah mencapai saiz sebesar telur ayam.

Artikel dipetik dari Tanah Bercangkul dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*