Cara Mudah Tanam Kacang Edamame – Pendapatan Cecah RM10,000 setan

1. KACANG BULU atau EDAMAME ini berasal dari Jepun. Kepada peminat Sushi dan makanan Jepun pastinya kacang ini tidak asing lagi dalam kehidupan anda.

2. Penanaman bagi kacang Edamame tidak rumit dan sangat mudah penjagaannya dengan keluasan tanah sebesar 0.4 hektar.

3. Beli benih kacang Edamame secara online atau di nurseri dengan harga RM250/kg. Kacang ini terdapat pelbagai varieti, pilih jenis tahan panas dan mampu hadapi hujan lebat.

4. Pilih lokasi yang menerima cahaya matahari melebihi 6 jam dalam 1 hari. Jangan tanam pokok edamame di kawasan kurang menerima cahaya matahari kerana pertumbuhan pokok akan terbantut.

5. Seterusnya tanah haruslah digembur terlebih dahulu, guna cangkul untuk korek sedalam 1 kaki.

6. Seterusnya letakkan 4 inci cocopeat atau sabut kelapa hancur dan gaul hingga sebati.

7. Tanaman ini sangat sesuai tumbuh pada tanah yang gembur, peroi dan subur. Sekiranya mempunyai saliran yang baik dan bagus memberikan kualiti tanaman tumbuh subur.

8. Hari ke-7 hingga hari ke-14 hari adalah tempoh percambahan benih edamame. Selepas 3 minggu masukkan baja NPK organik untuk pertumbuhan pokok dengan baik.

9.Tabur baja 2 minggu sekali dan siram pokok edamame anda dengan kompos teh, baja cecair ikan dan serum EM1 (EM1 inoculant microbial).

10. Siram tanaman 2 kali seminggu sudah memadai pada cuaca biasa. Tanaman edamame cepat membesar dengan baik ketika tempoh percambahan. Yang penting, pastikan tidak terlebih siraman air.

11.Pokok kacang Edamame mengeluarkan hasil lebih kurang 2-3 bulan penanaman dan penuaian hasilnya hanya sekitar dua minggu sahaja.

12. Harga kacang Edamame ini RM10 bagi sekilogram dan boleh mencecah RM15 di pasaran luar. Petani dianggarkan boleh mendapat sehingga RM10,000 setan dengan hasil jualan kacang ini.

13. Pengeluaran hasil kacang ini lebih kurang 500gram sepokok atau 120-150 biji buah. Mengembangkan pasaran melalui media sosial seperti Instagram dan Facebook dapat meningkatkan jualan.

Artikel ini dipetik dari Harian Metro,9 Julai 2020 dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*