Cara Penjagaan Pokok Keladi Hiasan

Tahukah anda? Pokok keladi sesuai di tanam atau diletakkan di tempat yang terlindung daripada sinaran matahari terus pada pokok. Pancaran matahari yang terik boleh menyebabkan daun keladi mudah lecur jika terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan.

Disebabkan pokok keladi ni sangat sensitif kepada kepanasan dan cahaya matahari yang terus, ia memerlukan siraman yang kerap dan juga baja yang mencukupi. Pastikan tanah sentiasa lembap.

Dalam masa yang sama pastikan air tidak bertakung dan tanah tidak kering. Sebaiknya siram 2 kali sehari jika cuaca panas. Boleh gunakan baja kimia untuk pertumbuhan daun yang lebat. Pastikan tabur baja jauh sikit daripada batang dan daun untuk elakkan lecur pada bahagian tersebut.


Cara-cara penanaman :

1. Pokok keladi mempunyai akar besar atau yang berisi dipanggil ubi. Pastikan ambil sekali dengan akar dan ubinya untuk tanam. Buat lubang tak perlu dalam sangat supaya sistem akar lebih mudah hidup terbentuk.

2. Pokok keladi hiasan akan nampak lebih cantik di tanam dalam pasu. Jika dibiarkan tanam atas tanah dia akan hidup bersepah dan tak tersusun. Susah juga nak uruskan penjagaan pokok keladi tu nanti.

3. Jenis keladi hiasan memang cantiklah dibuat hiasan. Yang jenis boleh makan tu, batang dan isi dia sedap dibuat sayur. Isi keladi sedap juga dibuat pengat atau kerepek. Aiskrim keladi pun sedap!

4. Pokok keladi memang cantik dengan daunnya yang lebar tu. Tapi awas, ada jenis pokok keladi yang beracun iaitu getah yang keluar dari bahagian batang, daun dan isinya. Jadi, bila kita potong tu kena berhati hatilah takut terkena getah.

5. Getah keladi kalau terkena pada kulit boleh menyebabkan gatal-gatal. Yang ada anak kecil tu, pastikan letak pokok keladi di tempat yang sukar di capai anak-anak atau letakkan jauh dari tempat laluan. Safety first.

6. Selidik dulu jenis pokok yang sesuai untuk dibuat hiasan dalam atau luar. Semoga bermanfaat.

About Sifudurian 312 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*