Cara Rawat Sakit Tapak Kaki & Tumit

Jika anda alami masalah sakit tapak kaki dan tumit, anda boleh cuba rawatan alternatif ini. Insyahallah berkesan dan boleh sembuh.

1. Rendam air + cuka epal

Caranya rendam kaki dalam besen yang telah diisi dengan air panas suam dengan campuran beberapa titis cuka epal.

Atau kaedah lain ialah dengan membungkus kaki menggunakan kain yang telah dibasahi air selama beberapa minit, diteruskan dengan menyapukan cuka epal pada kaki atau dibahagian tumit.

Ulangi rawatan ini di rumah beberapa kali dalam seminggu.

2. Serebuk Kunyit

Cara penggunaannya adalah dengan merebus satu sudu serbuk teh kunyit, satu inci halia diketuk dan satu sudu teh biji jintan manis kemudian direbus dengan 2 gelas air hingga menyusut separuh. Minum rebusan ini bila-bila pun boleh atau ketika rasa sakit datang.

3. Ais Batu

Salah satu cara yang boleh menjadi pilihan adalah tuam dibahagian kaki yang sakit dengan ais batu yang telah dibungkus dengan kain kering.

Meletakkan bungkusan ais batu pada kaki selama beberapa minit, ternyata mampu meredakan bengkak serta rasa sakit tumit.

4. Baking Soda

Cara rawatan yang boleh anda gunakan dengan baking soda ini tidak jauh berbeza dengan bahan lainnya, iaiu dengan mencampur setengah sudu teh soda kuih dalam air kemudian rendam kaki selama beberapa minit.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

About Sifudurian 298 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*