Cara Tanam Avocado

Hari ini akan saya kongsikan tips mudah untuk menanam buah avocado. Pastinya kalian sedia maklum buah ini sangat mahal harganya di pasaraya. Jadi apa kata, kita cuba menanamnya menggunakan tips mudah ini.

Antara langkah-langkahnya adalah :

1. Periksa kesesuaian kemasaman tanah, Avokado suka tanah sedikit berasid. Pastikan pada julat pH 5.7-6.5

2. Jangan lupa periksa struktur tanah. Avokado suka pada tanah yg gembur dan tidak menakung air ataupun banjir. Watertable haruslah lebih 1.5 meter. Akar avokado banyak di permukaan tanah ~15cm dan akar tunjang boleh pergi hingga 1 meter.

3. Periksa ketinggian lokasi ladang cadangan anda.
– Berapa ketinggian dari paras laut (mdpl)?
– Berapa suhu harian?. (Tahukah anda? Avokado boleh hidup dgn subur pada suhu 15-32°C)

4. Pilih benih yg sesuai dengan iklim tempat anda menanam. Jangan tanam varieti tanah tinggi/sejuk di lapangan tanah rendah – pokok tak akan berbuah seperti yang kita harapkan. Katahui juga jenis bunganya, sama ada bunga type-A atau type-B. Bibit yg mahal tidak menjamin pokok itu boleh berbuah di ladang kita.

5. Penuhi keperluan asas pokok seperti yg sering saya kongsikan berpandukan formula Dr ABC (D-Duit @ Dana, r – Racun/Rawatan, A – Air, B- Baja & C-Cahaya). Lakukan perancangan supaya pelaburan anda tidak sia-sia.

6. Rawat bibit sebelum dibawa masuk ke lapangan. Hapuskan segala kemungkinan penyakit yg terdapat di nurseri semaian daripada merebak ke kebun anda. Mencegah pokok dlm polibag lebih baik drpd mengubati penyakit di lapangan.

7. Air merupakan keperluan asas tanaman. Siram secukupnya supaya pokok anda tidak mati kekeringan. Pokok juga boleh mati kelemasan jika terlebih air.

8. Baja hendaklah diberikan tepat dengan keperluannya. Tanaman avokado memerlukan unsur Zn yg lebih banyak berbanding tanaman lain

9. Pastikan tempat menanam mendapat sinaran matahari yg cukup. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari yg cukup untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis. Elakan menanam avokado ditempat yg terlindung.

10. Tanam pada jarak yang sesuai bagi memastikan pulangan yang optima. Jangan terlalu padat mahupun terlalu jarang. Jika terlalu rapat pokok akan bersaing sesama sendiri, jika terlalu rapat pula akan membazir ruang dan rumput mudah tumbuh.

11. Jika anda menanam lebih daripada untuk keperluan sendiri. Maka tanamlah yg mendapat permintaan dipasaran, bukan tanam yg kita sukai sahaja.

Sekiranya nak buat komersial tanam yang saya syorkan dibawah sebagai klon utama dah cukup bagus. Nak tanam yang lain sebagai koleksi pun tiada masalah. Pastikan setiap kebun ada tanam kedua2 type-A dan type-B, jumlah ratio ikut keutamaan anda sendiri.

Contohnya kebun anda di ketinggian 400mdpl dengan suhu harian 28°C siang dan malamnya 22°C. Maka anda boleh pilih klon Hass dan Pinkerton 80% dari type-A dan bakinya 20% ditanam dengan klon Booth 7 yg dari type-B

Dataran tanah sederhana tinggi
– Hass (Komersial)
– Booth-7

Dataran tanah sederhana rendah
– Pinkerton (Komersial)
– Peterson
– QAV1 (Lokal)
– QAV2 (Lokal)

Dataran tanah rendah
– Alligator
– Miki (Popular type-B)

Selamat mencuba!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*