Cara Tanam Mangga IRWIN PURPLE Dalam Pasu Berbuah Rendah Dan Lebat

Mangga Irwin Purple (Mangifera indica) merupakan varieti mangga dari Australia. Warnanya yang berwarna merah keunguan cukup menarik perhatian.

Jika anda baru belajar bercucuk tanam, saya amat SARANKAN anda tanam sepokok mangga irwin purple di sekitar halaman rumah.

Mangga irwin purple antara beberapa KOLEKSI mangga PREMIUM yang WAJIB saya tanam selain mangga Yuwen, Nam Dok Mai, Mangga Red Star, Mangga Red Dragon, Red Elephant (Mangga Gajah), Mangga Taiwan dan sebagainya.

Daripada pemerhatian saya, HARGA manga pemium ini lebih MAHAL berbading mangga lain yang dijual di pasaraya besar mahupun di tepi jalan.

Antara koleksi mangga lain yang SEDAP dan MANIS, disarankan untuk anda menanam mangga CHOKANAN, Harum Manis, Mangga Madu, Mangga Manila. 

Untuk tujuan komersial, tanamlah mangga Chokanan dan Harum Manis kerana mangga ini mendapat permintan tinggi di pasaran terutama kilang pembuat jus mangga. 

Kalau nak tanam mangga yang bersaiz besar, boleh tanam mangga King, Mangga Kelapa dan mangga Gajah/Mangga Red star.

Baik berbalik pada topik utama, bagaimana cara tanam mangga dalam PASU supaya berbuah CEPAT dan LEBAT

1. Pertama pilih saiz pasu BESAR yang bersaiz 14 inci x luas 17 inci. Ia boleh bertahan sehingga 5 tahun berg4ntung pada penjagaan. Sebaiknya pilih pasu seramik.

2. Guna tanah kompos dicampur dengan 30% sekam padi bakar dan cocopeat.

3. Guna baja NPK 15:15:15 pada usia 1 bulan keatas sehingga umur pokok 2 tahun. Tabur lebih kurang 50 gram sekali dalam 3 bulan di selang seli dengan baja foliar atau baja sembur cecair.

4. Pastikan pokok kena cahaya matahari 100% setiap hari dan tidak terlindung oleh sebarang pokok lain.

5. Pada usia 2 tahun, tabur dengan baja BUAH NPK 12:12:17. Tabur sebulan sebelum musim mangga berbuah.

6. Pastikan menggembur tanah sekitar pangkal pokok sekali dalam sebulan untuk memberikan pengudaraan yang baik pada akar pokok.

7. Anda boleh cuba siram dengan air cucian beras dan tabur kulit telur yang di h4ncurkan untuk menguatkan antibodi dan menyuburkan pokok.

Semoga bermanfaat, saya belajar dari pengalaman sendiri sebagai penjual benih buah-buahan.

Jika anda rasa artikel ini BERMANFAAT, jangan lupa SHARE di wall facebook anda terima kasih -Sifudurian

P/S: nak tanam mangga Irwin Purple yang UNIK boleh cari saya.

About Sifudurian 210 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*